Hello Banggi…..

Mentari Di Ufuk Banggi

Takdirnya sebuah pulau di pesisir samudera China Selatan, sepelaung dari bumi Tagalog di dalam daerah Kudat di bumi Sabah Malaysia. Banggi terhubung dengan kereta laut dapat dijangkau dalam 1 jam ++ perjalanan atas air dari gigi-gigi air terdekat Jeti Kudat.

Peta Banggi dan Kedudukan Projek Agropolitan KKLW

Terbesar di Malaysia

Ternyata ramai yang tidak tahu Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia diikuti Bruit di Mukah, Langkawi di Kedah dan Pulau Pinang. Asal-usulnya menarik dan susur galur demografinya juga berkarektor hasil interaksi peribuminya bernama Bonggi. Silakan menggugel untuk info tuntas pulau ini.

Kehadiran Kali Ini

Ya. Ini singgah kedua Abang Om di pulau ini dan ramai yang datang sekali hari ini adalah kunjungan pertama walaupun orang Sabah sendiri. Kali ini Team KKLW melawat rasmi Agropolitan Banggi bersama Team NBOS MOA atas tujuan kerjasama strategik inter ministry. Ini satu usaha yang kami ambil demi kebaikan bersama warga pulau ini.

Jolokan PulauAdakah Masih Sesuai

Konotasi pulau mungkin satu belenggu yang terkait dengan pulau/dipulaukan, terpinggir dan terpencil. Stigma orang Pulau. Kata Boss Abang Om, Dato’ Jailani Yunus, untuk dinamik Banggi mungkin perlu hidup tanpa pulau didepannya, menjadi Banggi yang akan dikenali sama seperti Labuan, Langkawi dan Penang. Siapa tahu ini satu anjakan yang memberi nilai baik kepada Banggi ini. Ya, Banggi yang masa depannya terus disantuni dan berhembusan  dalam denyut nadi “Panggilan Pulau”.

Thank You Pulau Banggi

Ikut saiz pulau ini lebih besar dari Melaka dan merupakan pulau terbesar di Malaysia. Istimewa juga pulau ini. Abang Om sekadar generasi yang (kebrapa suda nda tahu) yang datang sini atas nama projek dari Bangunan Tinggi KKLW. Tengok gambar dari awal hingga sekarang….sudah ada manfaat projek Kerajaan….. ada yang tersurat dan ada juga tersiratnya atas nama kemajuan, perpaduan dan misi keselamatan sempadan. Tidak jauh sepelaung itu tanah Pangako Sayo…..

Orbias (orang biasa) mahu datang sini ada feri dari Kudat. Perjalanannya satu jam setengah. Abang naik bot agensi 45 minit-sejam sudah jejak disini … laju jugak kan. Alhamdulilah kondisi cuacanya hari ini ok dan ohsem….jalan laut yang tenang lagi takjub…..

Mahu menginap…ada homestay harganya RM100 semalam. Hotel? Ada tapi belum operasi. Tunggu….katanya tahun ini jangkanya akan dibuka untuk publik.

Jeti Kudat….. lihat bot saiz along, angah dan ucu
Meluncur merentas laut lepas
Percikan ombak yang mampu membasahi
Permandangan kediaman pesisir mencecah ke gigi-gigi air
Bot….. wadah pengangkutan utama
Masjid rona hijau…..
Mundar mandir suasana jeti….. satu interaksi sosial dan ekonomi
Ladang getah di sisi kiri jalan
Denyut nadi ekonomi jeti
Trak itu adalah permandangan biasa
Meladeni ekonomi setempat
Anjung Tinjau Ladang Getah
Jeti private ke Banggi

_____________________________

Info Umum Pulau Banggi dari Wikipedia

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut KudatSabahMalaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan, dan Ѕuluk.

Catatan awal menyebutkan bahawa sewaktu Pelayaran Ferdinand Magellan mengeliling dunia, beliau telah singgah membaiki kapalnya di kawasan Teluk Marudu. Catatan Sepanyol ini menyebutkan sebuah tempat dikenali sebagai CIM BOM BON yang merujuk kepada SIBUMBUNG atau Pulau Banggi pada hari ini. CIM BOm BON adalah sebuah pelabuhan atau kerajaan kecil ketika itu. tinggalan istana lama masih terdapat di satu kawasan di Sibumbung, Pulau Banggi.

Nama Pulau Banggi menurut legenda setempat berasal dari nama Suku Orang Bajau yang mendominasi kawasan Kepulauan Banggi-Palawan-Sulu suatu masa dahulu. Suku Bajau menamakan Pulau Banggi sebagai Ba Ngie yang bererti tempat orang Bangie. gelaran Suku Bongi atau Banggi berasal dari dua orang suku orang asli dari pulau yang berbeza iaitu dari kelompok Negrito di Malaya dan dari suku orang asli di Palawan. Orang Bangingi telah melepaskan dua orang suku asli yang berbeza tempat asal ini dan akhirnya menjadi asal-usul suku Dusun Bonggi. Nama Banggi atau Bonggi berasal dari kata Bangi atau Bangingi.

Pulau Balambangan pula berasal dari kata Bahasa Bajau iaitu MA LIMBANGAN yang bererti pasangan atau gandingan yang merujuk kepada gandingan atau pasangan bagi Pulau Banggi.

Legenda Brunei pula menyebutkan Pulau Banggi sebagai PULAU TIANGGI dan menjadi salah satu wilayah jajahan Brunei ketika era Sultan Naragam Brunei.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat dengan menaiki feri selama sejam tiga puluh minit.

Sekian.

#lihatalamsambilkerja


Afnan
Kujeep Fernando                                  5 Februari 2016

Banggi Island, Sabah NDBB

Advertisement

Good Morning Saigon

Good Morning Saigon, Selamat Pagi Ho Chi Minh City

Dicelah-celah kesibukan Kota Saigon ada lelaki biasa dengan kaos HRC Kota Budapest, Hungary. Itulah Abang Om yang telah beberapa kali berkunjung ke Saigon.

Pejabat Pos Lama Saigon – HCMC

Untuk makluman, Saigon ni nama lama bagi Ho Chi Minh City. Tetapi ramai yang tak tahu bahawa Saigon itu sendiri masih wujud sebagai satu tempat dalam Ho Chi Minh City itu sendiri, bermakna ia masih kekal menjadi sebahagian daripada Ho Chi Minh City….. itu kata seorang tour guide warga Vietnam.

Terbang Ke HCMC

Perjalanan udara sektor KUL-SGN mengambil masa 2 jam. Rupanya ramai sekali umat melayu berpusu ke sini dengan tujuan tersendiri. Ada yang sightseeing, ada yang transit, ada yang aim-nya shopping dan mungkin juga sekadar untuk mengopi.

Makanan halal

Untuk menjamah makanan Halal di Saigon bukanlah satu masalah. Hidangan dan restoran halal tidaklah sukar dicari malah tumbuhnya bagai cendawan selepas hujan hingga wujud jolokan nama Malaysian Street kerana ramai rakyat Malaysia berkunjung dan ada juga restoran halal di situ pemiliknya orang Malaysia.

Mata Wang
Bagaimana pula dengan mata wang? Dong adalah matawang Vietnam. Tidaklah terlalu ketara bila ditukar di pengurup wang. Sifir mudah dicongak-congak, kirakan saja 50K Dong, nilainya sama 10 Ringgit Malaysia.

Mata Wang Dong Vietnam

Apa yang best tentang Saigon/HCMC….. 

Apa yang boleh kita buat di Ho Chi Minh City?….. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan untuk dibuat disini ialah :

I. Jalan-jalan sambil minum kopi Vietnam

II. Makan murah dan mesra halal

III. Pencausnya banyak yang murah dan selesa

IV. Wifi merata-rata dan mesra dihubung

V. Mata wang RM masih selesa dan berbaloi….. kira oklah

VI. Membeli-belah…. ya, terserah dan pasti mampu milik.

VII. Buat suit ? Ia juga satu peluang yang tidak wajar dilepaskan kerana satu  suit lengkap serendah RM250 juga boleh diperolehi.

Lagi, jom kita tinjau warna-warna bumi Indo China ini dari lensa kamera fon…..

Cathedral Tinggalan Perancis
Menyusur Sungai Mekong
Menaiki Perahu di Mekong
Melintasi kampung tradisi dengan kuda
Menikmati HCMC
Muzium Perang Vietnam
Chu Chi Tunnel

Sekian. Saigon itu dekat sahaja, bila-bila masa boleh ulang kunjung.

Saigon : 29.91.10.2017

Kunjungan kali ini adalah kunjungan tema jalan-jalan persahabatan dengan ofismate… Hj. Hirman. Emmm… kali ini walaupun telah beberapa datang ke sini tetapi pengalamannya ada bezanya. Saigon ini perlukan masa untuk diexplore… sekadar ke Benh Thanh kita hanya tahu hiruk pikuk pasar tumpuan rakyat Malaysia sahaja, bukan diluarnya. Hasil eksplorasi membeli dengan Hirman dan wife dia ternyata ia satu alam syurga shopping untuk hampir semua kaum wanita. Untuk kaum lelaki oklah sekadar mendapat beberapa keperluan sudah cukup termasuk pakaian. Cuma peluang untuk ditipu di pasar Benh Thanh tetap ada. Kita maklum… bukan ori pun kebanyakan barang di situ tetapi tanpa ditawar kita akan membayarnya dalam kadar yang boleh mengundang traumatik.

Contohnya membeli kasut… tengok sekali memang teruja. Jika tidak diteliti mata kita adakalanya tersilap menengok dan akibatnya kita membayar sepasang kasut vietnam pada harga premium. huhu. Maka berhati-hatilah antara original atau orichina semasa kita membeli-belah di sini.

kami di HRC HCMC
Pejabat Pos Lama Saigon

Menjengah Kanvas Dunia

Ku Berjalan, Berkelana Di Pentas Dunia

Pagi ini sengaja Abang Om belek-belek laptop dan tengok-tengok gambar triptrip seberang laut Abang Om. Rasa seronok untuk mengimbau semula jejak-jejak saya di kanvas dunia. Alhamdulillah, Allah bentangkan jalan dan rezeki untuk Abang Om berkelana melihat dunia. Sungguh ia satu ruang dan pengalaman berharga yang mengubah cara Abang Om melihat dunia. Sekadar meninta semula negara-negara yang Abang pernah jengah. Sejauh ini saya telah sampai dan pernah menghirup udara Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar, RR China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Jepun, Korea, New Zealand, Qatar, Oman, UAE – Dubai, Turki, UK, Switzerland, France, India, Nepal dan bakal dikunjung, Mesir dan Jordan; serta lain-lain leluhur negara bangsa.

Syukur, triptrip ini menyenangkan Abang dan membuka mata Abang sesuai ungkapan pepatah Melayu, “jauh perjalanan, luas pemandangan“. Sejauh ini juga, suka untuk Abang berkongsi cerita, sekadar pengalaman untuk panduan dan idea bersama dari sudut pandang Abang Om sendiri. Melihat dunia dan negara yang diluar budaya dan leluhur kita juga membuat kita semakin mengenal diri, meraikan perbezaan sekaligus menilai banyak perspektif kehidupan, serta paling penting mencetus kesyukuran tentang segenap anugerah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.

Menjengah kanvas dunia yang penuh warna-warni.

Abang Om titipkan disini sedikit tips yang mungkin bermanfaat untuk bakal seorang penjengah dunia. Kita tidak perlukan pemula yang besar untuk satu perayauan antarabangsa bahkan hanya hasrat dan kemahuan, tekad dan usaha, perencanaan dan sokongan ekonomi, fizikal dan material. Jom! Kita semak…..

1. Pasport dan Dokumen-dokumen

Pasport – permit penting yang membolehkan pengembara melepasi batas atau sempadan negara-negara. Sila anggapkan ia sebagai nyawa dan penentu kelancaran bergerak sepanjang melakukan perjalanan antarabangsa. Jangka masa paling minimum satu-satu pasport yang sah untuk dibawa berjalan ialah 6 bulan validiti. Sehubungan itu, pasport perlu dijaga dengan rapi, selamat dan berkeadaan baik.

Sebagai langkah keselamatan, satu salinan pasport perlu disimpan untuk bersedia kalau-kalau diduga dengan musibah, maka kita ada salinannya. Ia boleh difotostat atau disnapkan sahaja dan disimpan dalam galeri foto telefon, emel dan simpanan kawan/orang yang dipercayai.

Pasport – surat terpenting untuk travel

Kad Pengenalan – Ini satu lagi dokumen pengenalan diri yang wajib disimpan rapi. Jika berlaku kehilangan, kad pengenalan juga boleh menjadi satu bukti kita rakyat Malaysia untuk urusan di kedutaan Malaysia di luar negara sekaligus membantu melancarkan proses-proses berkaitan.

Pas Kerja – Mesti ada yang tanya kenapa dan apa perlu dibawa kad/pas kerja semasa travel ke luar negara. Abang nyatakan ini atas pengalaman sendiri semasa bersoal jawab dengan Imigresen New Zealand apabila ditahan selama 3 jam. Kebetulan Abang ke sana 2 minggu selepas sekumpulan rakyat Malaysia ditahan kerana cubaan menyeludup dadah dalam kasut. Jenuh bersoal jawab hingga dirujuk kepada Jabatan Buruh Airport. Salah satu yang ditanya apa pekerjaan, lantas Abang jawab…. government officer…..bukti? Mujurlah Abang ada bawa pas kerja dan ini membantu proses soal jawab ini. Mungkin tidak semua memerlukan ini, tapi apalah salahnya pas ini dibawa bersama semasa travel lagipun ia mudah dan ringan bukan?

Kad Kredit/ATM – Ternyata 2 kad ini penting untuk tidak tertinggal kerana ia adalah talian hayat yang menyokong segala urusan kita sepanjang travel. Walaubagaimanapun, sila bawa kad ini sekadar keperluan dan tidak membawa semua kad yang kita ada. Dan, jangan lupa untuk memaklumkan kepada bank supaya membuka talian akaun kita sepanjang kita di luar negara. Ini adalah satu proses yang nampak mudah tetapi boleh menyukarkan kita jika tiada langkah berkaitan diambil sewajarnya.

2. Pilihan dan Kemana

Pilihan destinasi amat penting dalam memulakan hasrat untuk melawat, mengembara atau berjalan-jalan ke luar negara. Jarak dan pilihan negara akan menentukan kos yang bakal ditanggung kerana setiap negara berbeza belanja dan ongkosnya.

Selain itu, beberapa faktor lain juga harus dipertimbangkan sebelum memilih untuk ke satu-satu negara. Antaranya ialah :

Kadar Tukaran Asing – perlu lihat kadar supaya kita boleh mengagak kos yang bakal ditanggung dan jumlah wang yang perlu dibawa yang dibandingkan dengan kadar tukaran wang satu-satu negara.

Cuaca dan Musim – perlu diberi perhatian kerana faktor cuaca juga boleh menentukan kelancaran dan keseronokan perjalanan kita. Jadi, pastikan kita tahu keadaan yang cuaca dan musim sama sejuk dan dingin, panas terik, hujan monsun atau just nice untuk kita menikmati rancangan percutian dan travel kita. Musim dan cuaca juga akan menentukan besar kecil bagasi kita, keperluan makanan dan perubatan peribadi serta jenis pakaian yang bersesuaian. Jika memilih musim sejuk dan salju, pakaian tebal dan lebih banyak tentulah sesuatu yang wajib dan tidak boleh dikompromi. Oleh itu, faktor-faktor ini ternyata memerlukan perkiraan kewangan lebih terperinci untuk mengongkosi perjalanan dan aktiviti-aktiviti sepanjang melakukan pengembaraan ke luar negara.

Musim Sejuk – pakaiannya perlu sesuai

3. Asas Keperluan Pra Perjalanan

Sebenarnya untuk travel bukanlah sesuatu yang serba mudah. Ada sesetengahnya memerlukan sedikit study supaya perjalanan lebih lancar, terancang dan meyakinkan. Sebagai usaha menjangka kemungkinan, ada baiknya kita simpan nombor perhubungan, emel, lokasi dan alamat Kedutaan/Konsulat atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara yang kita ingin berkunjung. Bukan susah pun, boleh simpan dalam fon atau apa saja kaedah yang kira selesa termasuk secara cetakan hard copy info-info berguna berkaitan. Tidak salah bersedia awal-awal mana tahu masa ia diperlukan kita tidak perlu terkial-kial mengesan signal wifi di tempat orang.
Visa – perlu difahami untuk memasuki negara orang pasti ada peraturan dan prosedurnya selain urusan imigresen dan kastam. Ada negara boleh kita masuk tanpa memerlukan visa. Oleh itu, harus disemak sama ada kita perlu visa atau tidak bergantung kepada syarat kemasukan ke satu-satu negara. Jika perlu visa, kita juga harus memastikan sama ada visa tersebut boleh dibuat di kedutaan/perwakilan mereka di sini atau boleh juga secara VOAVisa on Arrival. Ini boleh diketahui melalui portal kedutaan mereka atau boleh berhubung terus melalui telefon kerana ada juga maklumat di web tidak dikemaskini. 

Contoh Visa

Itinerary dan Tiket Penerbangan – maklumat ini perlu disemak supaya kita alert dengan masa dan tatacara checkin penerbangan kerana ia mungkin ada perubahan pada saat akhir. Mungkin sehari dua sebelum berlepas ada baiknya kita menyemak maklumat ini disamping boleh mendaftar masuk secara online. Ia pasti menjimatkan masa dan mengelakkan kekalutan. Jika perlu transit, ada juga keperluan untuk kita memastikan kita memahami maklumat urusan dokumen, kaunter pertukaran connecting flight dan hal-hal security check, imigresen dan kastam.

Itinerary – perlu disemak kalau-kalau ada perubahan last minute

Makanan dan Keperluan Peribadi

Sebenarnya terdapat keperluan jika ke luar negara untuk membawa sedikit bekalan makanan dan minuman sekadar perlu. Manalah tahu jika rasa lapar dan kepingin, sekurang-kurangnya kita ada kudapan untuk makan dan kunyah-kunyah tanpa perlu menggunakan wang belanja di luar negara.

Selain itu, keperluan diri asas atau toiletris peribadi juga wajib dibawa dengan kadar yang cukup supaya kita mudah untuk mengurus diri. Bukan susah pun, angkutkan sahaja apa yang ada dan bawa sekali dalam bagasi kita. 

Satu lagi perkara yang tidak kurang penting untuk dibawa bersama ialah plag elektrik kerana terminal suis elektrik adalah berbeza antara negara. Maklumat tentang ini boleh disemak dalam laman web atau portal perlancongan negara terbabit.

4. Keperluan Khusus Muslim 

Menjadi seorang Muslim tentunya menyedarkan kita mengenai keperluan khusus kita di tempat orang. Jika ke negara Islam atau mesra pelancong Muslim, keperluan ini pastinya bukan menjadi hal yang besar tetapi jika kita ke negara bukan Islam perkara ini harus menjadi sebahagian pertimbangan kita seperti isu halal haram, makanan halal, solat dan ibadat, kiblat dan sebagainya yang berkaitan. Oleh itu, persediaan perlu dibuat seperti membawa bekal makanan sendiri, mengenal pasti restoran halal, membawa kompas kiblat jika telefon tiada aplikasi kiblat, menyemak lokasi masjid jika ada serta mendapatkan lebih awal waktu solat daripada JAKIM atau dengan kemudahan teknologi sekarang ia boleh diakses dalam banyak web yang menyediakan maklumat-maklumat ini. 

Grand Mosque di Taiwan – contoh masjid di negara bukan Islam

5. Pengangkutan

Pengangkutan semasa travel amat penting untuk memastikan pergerakan kita lancar dan selesa. Oleh itu, kita perlu juga mengambil tahu kaedah terbaik pengangkutan mengikut kemudahan yang ada di satu-satu negara. Perlu diingat sesetengah negara sudah terlalu moden sistemnya dan boleh jadi tidak di negara yang lain. Pilihan pengangkutan ini akan mempengaruhi kos yang perlu kita tanggung semasa melawat/mengembara di negara asing.

Mungkin ini juga pengangkutan yang sesuai
Flight – pilihan mode pengangkutan
Tuk Tuk di Bangkok

6. Berteman atau Solo

Berteman atau solo semasa mengembara atau melancong sebenarnya pilihan individu bergantung kepada keadaan dan keselesaan masing-masing. Walaubagaimanapun bagi Abang, melancong dan mengembara bersama teman mungkin satu pilihan yang baik kerana :

Sekurang-kurangnya kita ada teman berbicara dan berkongsi suka duka berjalan…..

Jika ada kecemasan ada juga teman bersama…..

Mana tahu kita sakit, ada teman untuk menguruskannya…..

Mana tahu kita berdepan kesusahan, ada juga teman membantu…..

Inilah kelebihan berjalan bersama teman yang pada hemat Abang satu kebaikan yang tidak sedikit.

7. Cakna Adat dan Budaya

Walau kemana kita berjalan, menghormati adat dan budaya setempat adalah satu prioriti yang tiada komprominya. Sebagaimana kita ingin dihormati, begitu juga orang lain yang tentunya menghargai mereka yang cakna adat dan budaya mereka. Jangan merasakan kita hebat di tempat orang kerana kita berpijak di tanah mereka, mengalah tidak bermakna takut dan kalah malah satu kemuliaan pada sesiapa saja. Selain itu, berlapang dadalah dan terimalah negara mereka seadanya kerana setiap negara ada kebaikan mereka sendiri yang mungkin boleh kita ambil untuk kebaikan kita juga.

Ada yang patut dan ada yang tidak patut kita buat di negara orang
Budaya setempat yang wajar dihormati

8. Momento dan Cenderamata

Bila ke negara orang, rakamkanlah kenangan yang terbaik sepanjang kita disana. Abadikan momento yang boleh kita simpan dan kongsi untuk kebaikan. Membeli cenderamata pula satu yang nice untuk dibuat  bukan saja untuk sendiri tetapi juga orang yang ingin kita beri. Tetapi, ingin juga dipesan supaya kita tidak terbeban untuk ini sehingga terlalu memikir untuk memberi tanda ingatan pada semua orang. Utamakan diri sendiri dan keluarga serta sahabat rapat, manakala yang lain terserah pada hemat dan kemampuan kewangan kita.

Membeli cenderamata – jangankan membeban

9. Fulus. Wang. Duit
Sudahpun namanya berjalan, fulus dan wang semestinyalah telah kita bawa bersama. Kita ini berjalan di tempat orang dan harus sentiasa berwaspada demi keselamatan. Tidak salah untuk kita mengambil ikhtiar menyimpan wang yang dibawa bukan pada satu tempat contohnya dalam wallet dan beg tangan; sebaliknya boleh juga disimpan dibeberapa tempat seperti dalam poket, beg sandang waima dalam stoking supaya jika berlaku kehilangan/penyeluk saku sekurang-kurangnya kita tidak hilang semua wang yang dibawa yang tentunya menyukarkan urusan kita.

10. Kutub Khanah Alam Maya

Kita bertuah kerana kita mengembara dan melancong pada zaman teknologi yang sarat maklumat. Oleh itu, sebelum melakukan perjalanan ke luar negara, ada baiknya kita menjenguk-jenguk maklumat di kutub khanah alam maya/internet menelusuri blog-blog/laman web yang berkongsi pengalaman dan cerita atau pelbagai akses lain di alam maya. Ini cukup berguna untuk membantu kita dalam merencana dan menjangka apa yang terbaik untuk perjalanan kita di tempat orang.

11. Kesihatan dan Persediaan Diri

Antara aspek penting yang perlu diberi perhatian juga ialah kesihatan dan persediaan diri. Pastikan kita kekal sihat dan cergas stamina untuk menjamin kelancaran pergerakan kita. Dapatkan ubat dan silalah ke farmasi untuk membeli ubat-ubat asas sebagai bekalan berjalan di tempat orang kerana lebih mudah mempunyai ubat yang dibeli di negara sendiri dengan piawaian yang dijamin di negara sendiri berbanding di negara orang. Panadol, minyak angin, minyak urut, ubat sakit perut, ubat pening dan gatal, juga plaster adalah ubat dan keperluan yang sesuai dibawa siap-siap dalam bagasi kita.

Lagi? Ramai yang tak ambil berat tentang persediaan dan kesiapsiagaan diri sebelum travel. Jika boleh elakkan melakukan aktiviti lasak kerana mana tahu jika kurang bernasib baik kita boleh cedera atau tergeliat….. ini tentunya mempengaruhi mood untuk kita berangkat pergi.

12. Beg dan Bagasi

Bila kita selalu travel oversea, ada baiknya juga kita peka dengan beg dan bagasi kita. Pilihlah beg yang kukuh dan berkunci serta elakkan beg atau bagasi yang berpoket kerana ia perlu diurus dengan lebih teliti. Bukan apa, perjalanan luar negara mungkin terdekat kepada niat jahat orang atau sindiket. Oleh itu, beg dan bagasi yang selamat akan memberikan lebih keyakinan kepada kita. Dan, jika perlu janganlah berkira untuk wrap atau packing beg di airport untuk keselamatan berganda.

13. Mesra dan Peramah

Sekadar tips, jika kita baru sampai di satu-satu negara asing, adalah tidak perlu untuk berlaku mesra dan peramah. Cukuplah kita respond kepada yang diperlukan atau yang ditanyakan sahaja sama ada di imigresen, kastam atau berdepan dengan orang asing. Silap peramah mungkin mendedahkan kita kepada lebih banyak soalan dan persoalan.

Satu lagi, di tempat orang, janganlah pula kita ‘terlalu baik’ terutama dengan orang yang baru dikenali. Mempunyai sedikit syak dan prasangka adalah perlu untuk kebaikan diri. Dan beringatlah untuk tidak membawa atau memegang bagasi orang meski kita diminta seseorang walau sekadar memegang beg untuk mereka ke tandas atau mereka ingin menumpang check in bagasi atas alasan tidak cukup kilogram. Ingat! Kita tidak kenal dan tak tahu apa bawaan mereka, mana tahu dadah atau barang terlarang dan entah-entah sindiket atau penjenayah. Biarlah kita dikata sombong daripada terjerat dengan helah mereka yang berniat jahat.

14. Lainlain 

Untuk hal-hal lain ini, mungkin juga boleh kita berikan perhatian pada aspek-aspek yang mungkin nampak kecil tetapi penting untuk difikirkan. Kita mungkin perlu mengambil kira aspek kecekapan di lapangan terbang di sesebuah negara, keadaan trafik jalan, sistem pengangkutan dan sistem nilai dalam pengurusan setempat. Contohnya, mungkin di sebuah negara itu sistem pemeriksaan sekuritinya lambat atau jalan yang selalu sesak boleh menyebabkan kelewatan atau kita terlepas pesawat. Dengan mengambilkira aspek ini, kedatangan awal ke lapangan terbang mungkin satu kemestian dan tindakan paling bijak bagi mengelakkan kita berdepan suatu kesulitan.

Beratur panjang antara pemandangan yang ada di lapangan terbang

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ini adalah pengalaman peribadi Abang Om dan ia mungkin berbeza dengan orang lain tetapi Abang Om percaya, insya Allah ia pasti ada kebaikannya. Mudah-mudahan.

Road To Kathmandu

Megah Mega Langit Kathmandu

Abang Om pernah berimaginasi untuk ke sini. Ya, mimpi-mimpi Kathmandu, menjejak bumi Nepal. Akhirnya apa yang difikirkan ini insya Allah akan menjadi nyata. Abang Om akan terbang kesana pada 30hb Disember 2016 hingga tanggal 3 Januari 2017.

Disember 28, 2016

Kedutaan Nepal KL

Untuk ke Nepal, visa perlu diperoleh terlebih dahulu. Visa ini boleh dibuat di Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur di Bangunan Wisma Paradise Jalan Ampang. Visa ini tersedia dalam 2 hari bekerja iaitu buat hari ini dapat esok jam 2.00 hingga 4.00 petang. Abang Om siap isi borang terlebih dahulu yang boleh diunduh (download) daripada web Nepal Embassy KL, isi lengkap borang, bawa satu keping gambar saiz 2×2 latar belakang putih dengan satu salinan muka depan pasport. Jangan lupa sertakan bayaran RM95 untuk tempoh kemasukan 15 hari. Jika lebih bayaran juga lebih. Sila lungsuri laman web Nepal Embassy Malaysia di www.nepalembassy.com.my

Satu lagi pilihan ialah VOAVisa On Arrival yang boleh dibuat di Lapangan Terbang Kathmandu sebaik ketibaan. Tetapi ramai yang suggest supaya visa dibuat siap-siap di KL kerana ragam VOA adakalanya kurang selesa disamping mungkin mengambil masa lama akibat beratur panjang.

Satu lagi alternatif, pelawat juga boleh memohon terlebih dahulu secara online di http://www.online.nepalimmigration.gov.np/touristvisa supaya urusan semasa VOA lebih lancar. Jangan lupa cetak borang permohonan online ini dan bawa bersama dokumen yang dikehendaki semasa ke kaunter VOA di Airport Kathmandu.

Embassy of Nepal KL di Wisma Paradise Jalan Ampang. Waktu buka ialah Jam 10.00 pagi

Disember 29, 2016

Semalam dengan gigih menempuh kesibukan KL untuk Visa Nepal. Hari ini alhamdulillah, jam 2.05 petang visa telahpun siap. Rasa lancar sahaja urusan ini. Sekurang-kurangnya tiadalah persepsi negatif dengan urusan di Embassy Nepal ini. Jadi, esok bolehlah dengan senang hati dan tenang berangkat pergi ke bumi Nepal. Semoga perjalanan pergi dan kembali nanti dipermudahkan oleh Allah serta dijauhkan daripada segala yang tidak baik. Didoakan semoga perjalanan, pergerakan, penerbangan dan kesihatan Abang Om sepanjang berkelana ini juga baik-baik serta dalam perlindungan rahmat Allah s.w.t. Aamiin.

Visa Nepal Untuk Kemasukan 15 hari. Nampaknya mereka masih menggunakan sistem manual dalam urusan ini.

Disember 30, 2016 – KL-Kathmandu

Hari ini Abang Om berangkat ke Kathmandu dengan pesawat MAS jam 8.55 pagi. Penerbangan KUL-KTM ini memakan masa selama 4 jam 30 minit. Huhu. Rasa teruja ada, rasa tak tahu nak kata apa pun ada tetapi yang nyata ia pasti satu pengalaman unik di negara pemilik kemuncak tertinggi Gunung Everest ini.

Untuk ke sini Abang Om hanya bawa duit tangan RM600. Pertukaran wangnya lebih kurang RM4 bagi setiap not 100 Nepalese Rupee. Jumlah ni kira cukuplah untuk jalan-jalan, makan-makan dan beli cenderamata. Tapi jika berhasrat untuk membeli batu permata, jangan lupa bawa ribu-ribu ye. Katanya permata disini berkualiti dan cantik.

Not 20 Nepali Rupee

Abang Om tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu dengan permulaan yang baik. Waktu di Nepal adalah lewat 2 jam 30 minit. Melalui proses imigresen dan kastam yang lancar memberikan satu persepsi positif tentang Nepal….. akhirnya sampai juga di sini dengan izin Allah. Keadaan airport nya biasa sahaja dengan kemudahan yang terhad tapi kira ok dengan keluasannya. Abang lihat dan perhati sekeliling, sambil menunggu bagasi yang sedikit lambat, ye kipas siling masih lagi digunakan dan kedainya pula agak klasik style lama.

Pandang jauh Airport Tribhuvan dari perut pesawat MAS…. jangankan dibanding dengan KLIA
Di luar balai ketibaan Airport Tribhuvan

Selesai bagasi Abang meluncur keluar dan disapa udara dingin 13°c….. huhu, nyaman tapi gigil juga dibuatnya. Yes, inikan Nepal, negara Himalaya dengan 4 musim sudah tentunya sejuk pada musimnya.

Dari Airport Abang dan 2 teman dijemput sahabat yang bertugas di Kedutaan Malaysia Kathmandu dan kami menumpang teduh di kediamannya. Yes, agam juga rumahnya.

Sebelum langsung ke rumahnya, kami dibawa jalan-jalan sekilas pandang melihat bandar Kathmandu….. oh! Ok juga bandar dia, moden juga orang dia, standard juga premis kedai dia, siap ada KFC Halal lagi…. yummy. Jam ditangan 5.30 petang, alam mengelam tanda hari beransur malam bak bulan dipagar bintang….. aderrr!
Kemudian, dalam dingin udara Kathmandu Abang larut lelap dalam gelap malam yang panjang. Zzzz…..

Asosiasi Nepali….. katanya.
Lihat dan hadam….. tempat orang!
Hiruk pikuk Bandar Kathmandu
KFC Halal – teringat akan kesedapan ayamnya…..

Disember 31, 2016 – Thamel, Kathmandu

Thamel Street – Pagi yang indah pada hari terakhir 2016 menyambut hari kami di sini. Sejuk tetap sejuk hingga ingin bersiram pagi pun perlu dipaksa-paksa. Hari ini, usai sarapan Abang mudik ke bandar menuju Thamel Street yang punya gedung niaga yang banyak, klasik tetapi bersatu dalam nilai estetika tata gaya sebuah bandar Nepali.
Di sini, mood nya hidup dengan alir masyarakat penuh warna, mundar mandir muda mudi dan tugu-tugu keagamaan Hindu-Buddha yang menjadi identiti orang Nepal. Dimana-mana sahaja, dijalan, didinding bangunan, dipokok, begitu banyak kesan aktiviti agama mereka.

Satu yang Abang notis, sekalipun di sini agak berdebu, nilai bersih tetap ada malah tiada aroma yang tidak menyenangkan (ternyata telahan ini salah). Mereka juga sebenarnya peka dengan gaya moden dan tekun bekerja yang menunjukkan mereka berusaha untuk mengemudi hidup sebaiknya meski ada sebilangannya berhijrah ke luar negara untuk pekerjaan ke negeri Arab, Thailand dan Malaysia. Dengarnya mereka yang bekerja di luar ini akan pulang membawa wang, membeli tanah dan membina kediaman sebelum keluar semula mencari rezeki di negara asing. Positif kan?

Melarut dalam tata gaya seorang Nepali….. jenuh bila Abang ini disangkakan orang local
Tugu kuil keagamaan Hindu-Buddha ada dimana-mana sahaja
Nilai estetika bangunan lama terpelihara
Gedung niaga yang menawarkan banyak pilihan hasil usaha tempatan dan luar
Hidup – bila manusia dan survival bersatu

Februari 1, 2017 – Thamel, Kathmandu

Hari ini kami ulang kunjung ke Thamel Street kerana banyak lagi yang boleh diteroka atau untuk membeli barang-barang kehendak peribadi.

Meninjau-ninjau sambil melihat gelagat manusia di sini

Februari 2, 2017 – Bhaktapur dan Durbar Square

Hari kedua bulan februari tahun baru 2017 Abang Om dan sahabat mengambil peluang untuk mudik ke Bhaktapur bagi melihat sendiri tapak warisan UNESCO di situ. Pertama sekali sampai memang terserlah keunikan dan keaslian tempat ini dan sesuailah ia diabadikan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Februari 3, 2017

Hari terakhir di Kathmandu. Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan minum pagi, kami dah ready untuk terus ke airport untuk pulang ke tanah air.

Panggilan Pulau Aman

Pulau Aman…..yang aman!.

Mungkin ramai yang belum mengetahui akan kewujudan pulau kecil ini. Inilah Pulau Aman – satu pulau mikro dalam negeri Pulau Pinang. Tidak sukar untuk ke pulau ini tambah-tambah dengan adanya teknologi GPS dan Waze kini telah menjadikan segala kemungkinan satu realiti. 

27 Ogos 2016, saya berpeluang ke Pulau Aman ini yang letaknya tidak jauh daripada susur keluar dari Jambatan Pulau Pinang Kedua. Yuk, silakan menggelintar google untuk koordinat tepat ke pulau ini. Seterusnya, mari kita lihat apa yang ada di Pulau Aman ini.

Arah ke Jeti Batu Musang. Jeti ke Pulau Aman
Pandangan bot dari jeti pulau
View dari jeti
Restoran Terapung
Mee Udang Pulau Aman
Tinta sejarah Telaga Mas
Tapak khemah untuk pelbagai aktiviti
Siar kaki untuk bersiar-siar
Pokok Sukun Tertua
Masjid Ar Rahman
Daun kapal terbang juga ditemui – digunakan untuk mengubati luka kecil secara tradisional
Daun maple – terkenal dalam trilogi cinta filem Mohabbatein dan Autumn In My Heart
Snap-snap permandangan sekitar
Rumah asal penduduk
Rumah yang ditinggalkan

Patriotisme Leluhur

Mana Ada Bangsa dan Negara yang Sempurna?

Dalam glob ini adakah wujud negara yang sempurna. Apa petunjuknya? Bagaimanakah cirinya? Sekalipun sebuah negara maju adakah ia sempurna, sama juga negara membangun biasa….tiada yang sempurna. USA, UK dan Eropah di sebelah jendela Barat bukanlah sempurna meskipun maju tetapi mungkin ideal bagi banyak orang. Jepun dan Korea, juga China…. mungkin terkehadapan ekonominya tetap tidak sempurna kerana walau bagaimana pencapaian sesebuah negara di dunia ini pasti ada kekurangan atau lowongan untuk penambahbaikan. Lihatlah dibelah manapun duduknya negara itu..Timur Barat Utara Selatan, Asia Eropah Afrika dan Amerika…juga Australia dan subbenua India…. Balkan Scandinavia hingga ASEAN ada sinar dan ‘kelamnya’. Hakikatnya setiap negara ada kelebihan dan kekurangan tersendiri sama seperti kehidupan manusia. 

Justeru, penting sekali untuk menghargai dan patriotik pada negara sendiri. Sejauhmana kita pergi, memijak indah maju negara asing pasti ia tidak sama di negara rumah sendiri. Bukan apa,  sejak akhir ini ramai yang terlalu emosi dan berlebihan dalam mengkritik negara sendiri….mengutuk keji, yang patutnya bukan lantang memekik tetapi membantu yang mana perlu, kritik berisi dan membina supaya apa yang kurang kita tangani bersama. Pergilah kemana sahaja, yang kita ketemu ialah tiada yang sebaik tanah sendiri, meski ada kurangnya anggap la inilah rezeki di laman sendiri yang tak terkecapi mereka yang lain di negara asing. Kita ada kelebihan dan mereka juga. 

Bangsa Eropah dan Caucasian

Bila sebut Eropah dan orang putih pasti yang difikir adalah serba baik dan moden. Ya kita akui pencapaian mereka lewat renaisance dan mereka mengecapi bahagia fizikal, ekonomi dan mental. Tapi kita tidak tahu walaupun begitu ada kelompok bangsa ini yang tidak betah kekal di sana dan memilih untuk berhijrah dan menetap di bumi asing yang jauh berbeza dari segi kemajuan dan budaya.

Bangsa Asia Selatan

Ini antara kelompok yang ada dimana sahaja sekalipun diceruk dunia. Mereka itu berbangsa Pakistan, India dan Bangladesh. Tapi hakikatnya kerana adanya bangsa inilah di bumi non muslim maka kita menemui jejak agama Islam….sama ada masjid atau sumber makanan halal. Jangan tak tahu kerana merekalah yang mengusahakan untuk adanya masjid di UK, Eropah, Hong Kong dan Korea sehingga ke New Zealand. Komuniti dan saudagar bangsa inilah yang menyumbang kepada semaraknya syiar Islam di bumi non Muslim.

Negara Bangsa Indonesia

Indonesia dengan sarat penduduk lebih 250juta semestinya lebih sukar diurus oleh sifat negaranya yang berkepulauan. Ia juga kaya dengan sumber alam yang kalau diurus dengan baik pasti menjadi sumber kemakmuran yang bukan kepalang. Jangan pandang sebelah mata negara ini kerana mungkin nasibnya lagi baik di masa hadapan. Dalam konteks nusa kerana bangsa ini bahasa Melayu turut mendapat bahagia dan manfaat. Banyak kelompok di dunia luar Melayu memilih bahasa Indonesia untuk dipelajari kerana jika pandai Indonesia mereka juga akan ‘dapat’ Malaysia, Brunei, Singapura dan Thai Selatan.

Brunei dan Singapura

Singapura telah lama kedepan dan Brunei menikmati taraf hidup yang sangat makmur. Biarkan kerana rezeki mereka dan ambilla mana yang baik. Jangan dibandingkan Malaysia dengan mereka kerana mengurus negara ini tentunya ada cabaran yang berbeza.

Arab dan Timur Tengah

Hakikat banyak negara Arab yang kaya. Saudi, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait dan Oman diketahui kaya wang hasil minyak yang bukan sedikit. Meski kaya mereka masih belum mampu bersatu dan kekal dengan ciri kasar dan dominan. Wang bukan halangan bagi sesetengah mereka tetapi mereka juga bukan contoh total peribadi Muslim sejati. Ada nilai baik yang boleh dipuji puja dan ada pula yang harus kita sempadankan.

Sekadar coretan berdasarkan pemerhatian dan idea sendiri. Mana-mana yang baik kita senyumi dan yang tidak kita ‘smileykan’ dan ‘feelingkan’ “sad”. Yuk berbangga dan bersyukurkan dengan apa yang kita ada dan dinegara mana kita diwarganegarakan. Sesetengah kelompok tiada negara dan tiada tanah ibunda pun untuk bernaung….. kita? Kita beruntung.

USS Singapura.

Depan Gapura Mercu Tanda Bandar Phnom Penh Kemboja
HRC Jakarta Indonesia

Kansai Airport. Osaka, Jepun
Karon, Phuket Thailand
Padang Pasir Dubai UAE
Geneva Switzerland
Singapore
Grand Palace Bangkok Thailand

Bandar Seri Begawan Brunei

Taipei Taiwan

Ho Chi Minh City. Vietnam

Rayau-rayau di Rantau Panjang Kelantan, Lilau-lilau di Sg. Golok Thailand


Membiduk lalu ke Rantau Panjang Kelantan sangat mengujakan. Di seberang jalannya pula Sg. Golok Thailand, sepelaung dari Pos Immigresen Rantau Panjang-Selatan Thailand. Sebenarnya Rantau Panjang dan Sungai Golok tidaklah terlalu jauh dari Kedai Mulong. Jaraknya hanya kira-kira 25km dari rumah saya di Kg. Binjai. 

Apa tarikan di Rantau Panjang? Ternyata tarikan utama Rantau Panjang adalah pada denyut nadi perniagaannya. Ia menjadi tumpuan ramai untuk membeli belah peralatan rumah, kain baju, perkakasan dapur, beras, makanan dan segala macam termasuk yang dibawa masuk dari Thailand. Selain daripada pilihan yang banyak, harga yang ditawarkan pula dikatakan lebih rendah berbanding di bandar-bandar perniagaan konvensional.

Ok. Selain daripada melilau mencari barang di Rantau Panjang, tiada salahnya untuk ke seberang Sungai Golok. Disini pun walaupun merupakan kawasan asal Melayu tetapi aura Siamnya terserlah. Tulisan Siam dengan iringan lagu Thai menambahkan lagi suasana Thai. 

Ternyata Rantau Panjang dan Sg. Golok saling melengkap sebagai bandar pekan yang bersempadan dan berkongsi banyak perkara termasuk hubungan darah dan keturunan.

Masjid Beijing di Rantau Panjang di sebelah Malaysia dan bangunan kedai di sebelah Thai
Suasana Pekan Sg. Golok. Tengok wayar elektrik pun sudah style Siam
Dibelakang Sg. Kolok Municipality ini ada kedai-kedai makan Siam
Lala yang digoreng dalam telur antara yang patut dicuba jika ke Sg. Golok
Daging Goreng Bawang Putih juga sedap dinikmati jika berkunjung ke Pekan Sg. Golok.
Masjid Pakistan di Pekan Sg. Golok.

Namaste! Salaam Hindustani

April 12, 2016

Hari 1Delhi ke Agra (Taj Mahal

Perjalanan dari Delhi ke Agra tempat tersergamnya salah satu keajaiban dunia Taj Mahal mengambil masa 4 jam berkenderaan. Benarlah kata orang …. India ini sangat unik dan tersendiri…. untuk tahu dan kenal harus datang sendiri…. dan anda akan tahu. Pertama, terimalah negeri orang seadanya dan India ada pesonanya dibalik kata-kata berbaur negatif. 

India ….. Persepsi I

Saya akui banyak orang kata India ini banyak berion negatif. Semalam tiba di Airport Antarabangsa Indira Gandhi, fasilitinya kira ok dan disambut angin luar yang sedap menyapa. Ouh, oklah.

Busuk dan Kotor II

Ini antara yang saya cuba untuk melihat dan mengalami sendiri. Umumnya busuk dan kotor rasanya kes basis. Tidak semua kotor dan busuk…. kita tak patut membuat generalisasi. 

Yes…. diakui ada tempat yang berbau busuk dan hancing kerana ramai yang “urinisasi” merata dan ada yang buangnya hanya dipasir-pasir kerana kemudahan kamar kecilnya mungkin terbatas. Persekitaran juga ada yang kotor hingga menjamah makanan di luar adalah sangat mustahil. 

Pandai-pandailah….. pilihlah untuk mengelak kekurangan ini.

Kesibukan Kota III

Yes. India sangat sibuk dan hiruk pikuk. Delhi sendiri penuh manusia, kenderaan dan binatang. Kotaraya dikongsi huni oleh rakyatnya yang ramai dan miskin. Jalan raya? Ouh….dijalan rayanya menyusur pelbagai kenderaan dari yang mewah hingga terseksa melihatnya, ada bas, bajaj, teksi, motor, kereta lembu malah lembu dan unta adalah biasa lihatnya diatas jalan itu. Dari jauh tak lupa diberitahu India juga ada Metro LRT keretapi versi Delhi.

Honking IV

Sesuatu yang biasa bunyi honk yang bingit di Delhi. Sana sini bunyi honk dan kagumnya mereka seolah-olah memahami kerana mungkin telah lama hidup sama-sama dalam kondisi begini. Kagum lagi meski honkingnya begitu, tiada reaksi marah….. tenang mereka menyusur dalam kenderaan masing-masing. Kalau kat Malaysia…… mesti dah marah-marah dan naik angin.

Gigihnya Orang India V

Melihat sendiri orang India menjalani hidup rasanya kita harus bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia. Mereka nyata hidup getir, gigih mencari rezeki dan mengejar peluang terutama untuk makan mengenyangkan perut. Miskin dan perlu membanting tulang….dan mereka jelas memeras kudrat untuk hidup di tanah air mereka, bekerja dan menyara hidup. Positifnya ada kekuatan mereka ini meneruskan hidup hingga umur kanak-kanak pun harus menjual untuk wang dan makanan. Kita ? Nilai-nilaikan sendiri.

Taj Mahal VI

Taj Mahal, satu sisi takjub warisan berzaman negara sub benua India. Ya, ia cantik, ia menawan dan ia juga cerita sejarah keagungan cinta Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal….

Pintu Masuk ke Taj Mahal…..
Royal Mosque….. masjid dalam Taj Mahal yang hanya digunakan untuk Solat Jumaat sahaja, itupun hanya dibenarkan hanya kepada penduduk setempat Taj Mahal
Ukiran didinding bangunan Taj Mahal yang penuh pesona
Sekitar Taj Mahal yang menjadi salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Yes, sungguh takjub.
Larut dalam denyut nadi wajah-wajah Hindustani
Kehangatan termometer malam di Delhi
Lelaki itu dan Taj Mahal
R&R…. hanya ada satu sepanjang perjalanan Delhi-Agra
Gerai di R&R dengan selera Spice of India
Salah satu hentian untuk melihat hasil kerja tangan di Agra
Stop untuk mengisi perut di restoran halal di Agra

April 13, 2016

Hari
2Delhi ke Srinagar

Fokus trip kali ini ialah Negeri Jammu dan Kashmir. Dari Delhi penerbangan ke Srinagar yang merupakan pintu masuk ke Kashmir mengambil masa 2 jam ++. Jika melalui jalan darat, Delhi-Srinagar akan menempuh perjalanan lebih 26 jam. SpiceJet, pesawat jenama domestik India yang membawa saya ke Kashmir servisnya boleh dikatakan memuaskan. Pesawat singgah di Chandigard mengambil penumpang dan terus ke Srinagar. 
Dari kabin pesawat, mata terpersona dengan keindahan pemandangan bumi India sepanjang ke Srinagar. Hamparan kota batu yang sungguh padat, landskap hijau dan gunung bersalji cukup membuatkan mata tidak berkelip.
Menjejakkan kaki kali pertama di Airport Srinagar cukup mengujakan. Kashmir adalah satu sisi lain wajah India. Selain indah pandang darat buminya, umat manusianya juga cantik sempurna. Benarlah kata orang, kelompok manusia tercantik ada di sepanjang pergunungan himalaya ini.

Kelana ke Kashmir dari Delhi dengan Spice Jet. Servis ok. Singgah juga di Chandigard sebelum meneruskan penerbangan ke Srinagar

Takjub dengan pandangan dari atas awan bumi India dari Delhi ke Kashmir. Kelihatan banjaran gunung dan kepadatan manusianya
Dari udara….. bumi Kashmir bak hamparan permaidani
Srinagar – pintu masuk ke Kashmir. Sepanjang perjalanan ke penginapan dapat dilihat, sungguh Kashmir itu masih jauh daripada kemajuan total
Singgah pertama di Kashmir ~ Taman Tulip Indira Ghandi

April 14, 2016

Hari 3Pergunungan Pahalgam, JammuKashmir

Perjalanan hari ini rasa feeling-feeling permandangan cantik filem Hindi. Penuh dengan panorama indah alam yang takjub dan damai disamping melalui perkampungan tradisional masyarakat Kashmiri yang unik dan cukup memberikan pengalaman baru.

Arah tuju hari ini mengambil masa 4 jam pergi balik ke Pergunungan Pahalgam yang curam dan menaiki kuda ke puncaknya. Disini juga sering dipotretkan dalam filem Hindustan yang memanipulasi kehebatan alam semulajadi Kashmir ini.

Nota : Di Pergunungan Pahalgam inilah banyak dibuat penggambaran filem Hindi termasuk Bhajrani Bhaijan.

Pertama kali menunggang kuda memang cuak tetapi rasa seronok bila mendapat rentak dan keyakinan. Satu aktiviti yang wajib dicuba.
Kuda. Manusia. Alam
Pertama kali dan bukan yang terakhir
Di puncak Pergunungan Pahalgam
Hamparan di tanah tinggi yang mengundang syukur

April 15, 2016

Hari 4Gulmarg. Kashmir

Gulmarg……satu lagi pergunungan hebat yang ada di negeri Kashmir ini. Untuk ke sini hanya memakan masa 3 jam pergi balik dari Bandar Srinagar. Meski jaraknya tidak sejauh mana tetapi disebabkan keadaan jalan yang biasa-biasa maka masa yang lebih lama perlu diambil.
Untuk ke puncak Gulmarg pengunjung perlu menaiki Gondola, cabel car versi Kashmir. Di puncak, banyak aktiviti boleh dibuat seperti bermain ski, memandu snow bike dan bermain salji. Yang pasti ia sangat menyeronokkan walau mencuba kali pertama.

Gondola Kashmir – Kereta Kabel untuk naik ke puncak Gulmarg

Salji yang memutih di puncak pergunungan Gulmarg
Snow Bike memang wajib dicuba. Amazing dan mengujakan
Upih moden versi tarik-tarik atas salji
Acah-acah konon nak main ski….. cubalah walau kekok dan kurang keberanian. Ramai yang tak reti macam kita pun.

April 16, 2016

Hari 5Dal Lake. Srinagar

Menyusur danau Dal Lake yang dingin airnya. Satu metafora kehidupan, mencari rezeki di air dengan penginapan boathouse.

Hari ini juga saya dan rakan dibawa oleh Qumail adik Yousuf, orang Kashmir yang fasilitate perjalanan di sini ke rumah mereka. Maknanya ke kampung mereka. Di sana kami sempat melihat kehidupan mereka dan mengenali sedikit cara hidup mereka.

Air dan kehidupan berpisah tiada. Ia juga sebahagian punca rezeki dan survival.

Menghayati….. alam maya danau.
Ini permandangan kampung Kashmir. Cantik yang amat.
Mengabadikan potret orang kampung Kashmir

April 17, 2016

Hari 6Kashmir, SrinagarDelhi

Hari ini hari terakhir di Kashmir. Pagi-pagi seusai sarapan, kami ke Airport untuk ke Delhi sebelum berangkat pulang ke KL.
Tips dan Nota:

1. Immigresen di Airport Srinagar agak ketat. Sebelum masuk airport sahaja ada 3-4 saringan keselamatan. Sila bertenang dan jangan cuak.

2. Kawalan yang ketat juga ada kaitan status Kashmir yang ‘panas’kerana isu dengan India-Pakistan. Tempat-tempat menarik banyak yang berhampiran sempadan kedua-dua negara.

3. Umumnya Kashmir adalah selamat tetapi perlu berhati-hati dan patuh pada nasihat keselamatan.

4. Sebab Kashmir sebahagian India maka untuk ke sini Visa diperlukan sama untuk wilayah India yang lain. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India ada di KL untuk urusan ini. Sila lawat portal mereka untuk maklumat lanjut.

5. Info tambahan, perlu tahu bahawa terdapat 3 Kashmir iaitu Kashmir yang ditadbir India, Kashmir Pakistan dan Kashmir dibawah China.

Jalan-jalan Yangon…..

Tips Berkelana Ke Yangon, Myanmar

Ramai yang tanya mengenai lawatan ke Yangon Myanmar. Di sini dikongsikan antara rentetan perjalanan di Yangon dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Maklumat umum :

Myanmar (Burma) ini adalah satu-satunya negara ASEAN yang masih memerlukan visa pelawat untuk masuk. Negara ini sebenarnya masih baru dalam bab menerima pelawat kira-kira sejak tahun 2013; ia dianggap baru sahaja membuka pintu kepada dunia luar. Sebenarnya banyak tempat yang boleh dituju sama ada ke Yangon, Mandalay atau pusat pentadbiran baru di Nya Phi Taw.

Waktu sesuai :

Waktu yang paling sesuai untuk melawat ialah dari bulan Disember hingga Mac kerana dalam tempoh ini iklim di Myanmar adalah lebih sejuk sekitar suhu 16 – 25°C. Myanmar mengalami musim-musim seperti Panas, Sejuk, Hujan dan Kemarau. 

Visa :

Sehingga tarikh ini Januari 2016, kemasukan ke Myanmar masih dikenakan visa. Visa boleh dipohon sendiri atau menggunakan mana-mana agen travel (dikenakan caj). Sila rujuk di dalam web myanmar embassy untuk harga.

Perjalanan :

Dari KL ke Yangon mengambil masa penerbangan selama 2 jam 30 minit dan  kita boleh memilih untuk menaiki MAS, Air Asia ataupun Myanmar International Airways.

Dari Bandara Internasional Yangon ke pusat bandar Yangon perjalanan menaiki teksi adalah sekitar sejam tertakluk kepada trafik.

Dari pusat bandar Yangon, jika ingin ke Mandalay untuk melawat Bagan yang terkenal dengan tinggalan ala Angkor Wat di Kemboja, kita boleh menaiki kenderaan dengan tempoh perjalanan hampir 8 jam manakala untuk ke Nay Phi Taw pula selama 5 jam lebih.

Jika memilih untuk melawat Yangon:

Yangon merupakan bandar pentadbiran lama Myanmar dan ia masih sibuk dengan pembangunan serta masih menjadi tumpuan bisnes. Jika ingin melihat sejarah dan budaya Burma, Yangon masih merupakan yang terbaik untuk dikunjungi. Di Yangon, selain berjalan sekitar bandar (boleh jalan kaki sahaja dan kalau rasa malas boleh naik teksi) menikmati bandar dan mencari makanan, kebanyakan tempat pelancong adalah sekitar mercu tanda bandar di Downtown Yangon iaitu Sule Pagoda. Paling jauh pun Shwedagon Pagoda, Tasik Kandawgi atau Bogyoke Market yang memerlukan pengangkutan teksi dengan bayaran 1000-2000 Kyat (5000 Kyat = RM20 lebih kurang). Naik teksi pun 10 minit sahaja.

Nota: 

● Di Yangon untuk bergerak sekitarnya boleh berjalan kaki sahaja sebab semuanya dalam radius yang dekat.

● Lihat gambar dibawah untuk tempat-tempat yang boleh dilawati.

Pengaruh Buddha, Budaya Burma dan Negara Jiran :

Myanmar adalah negara Buddha yang kuat sekali pengaruhnya. Stupa dan pagoda ada dimana-mana. Ratib Buddhisme didengari dimana sahaja dan agama Buddha memberikan pengaruh besar kepada masyarakat dan negara ini.

Budaya asal Burma juga dilihat masih kental diamalkan oleh orang Myanmar. Pakaian tradisi, pemakaian longyi, makanan dan pemakaian bedak muka thanaka adalah sisi biasa dikalangan penduduk.

Rupa Paras Orang Burma :

Disebabkan terletak diperbatasan India dan China, variasi wajah orang Burma jelas berbeza. Ada yang cerah seperti Cina atau Sino, ada pula yang mirip kepada leluhur Asia Selatan seperti India dan Bangladesh. Rupa parasnya adalah pelbagai dan unik.

Makanan :

Memandangkan Myanmar bersempadan dengan India, China dan Thailand, maka makanannya juga dipengaruhi oleh masakan dan hidangan negara-negara tersebut. 

Makanan Halal dan Keperluan Muslim :

Rupanya ramai Muslim di Myanmar dan Yangon. Oleh itu, tidak sukar untuk mendapatkan hidangan halal di Yangon kerana ia mudah dijumpai sama ada di restoran atau gerai di tepi jalan. Carikan saja pasti ditemui.

Begitu juga dengan masjid. Terdapat bilangan masjid yang signifikan di Yangon. Jalan-jalan sahaja pasti ditemui rumah Allah ini.

Wang Kyat :

Di Malaysia tiada wang Kyat Myanmar untuk ditukar. Oleh itu boleh bawa Ringgit atau USD dan ia boleh ditukarkan di airport atau mana-mana pengurup wang di Yangon.

Hotel :

Hotel yang selesa dari yang mahal hingga yang murah banyak di pusat bandar. Untuk kemudahan bergerak carilah hotel sekitar Downtown Yangon atau Mahaboondala Street ataupun berhampiran Yangon City Hall. Jika ingin lebih jimat tempahlah awal dalam web seperti Agoda.

Tempoh Kunjungan:

Jika sekadar melawat Yangon memadai untuk tempoh 3 hari 2 malam. Jika ingin explore lebih atau ke bandar lain masa yang lebih lama adalah diperlukan.

Kredit Untuk Yangon :

• Yangon adalah selamat untuk dilawati

• Orang Burma juga baik dan mudah didekati

• Yangon kelihatan sedang pesat membangun

• Pelancong asing dilihat semakin ramai berkunjung

• Tidak mustahil ia juga mampu muncul popular seperti Vietnam selepas ini.

Nota : 

● Untuk maklumat The Dos n Don’ts for Tourist di Myanmar bolehlah tinjau-tinjau laman web berkaitan Myanmar.

● Sekadar berjalan di Yangon, rasanya tidak perlu untuk menggunakan khidmat travel agent. Kita boleh berjalan sendiri mengikut keselesaan sendiri kerana tempat-tempat tumpuan pelancong adalah sangat mudah untuk dijengah. Jalan kaki atau naiknya teksi hasilnya sukses dan akses sekali.

Nota : Tarikh lawatan saya ialah 29 – 31 Januari 2016

Identiti Myanmar : Pagoda Shwedagon dengan stupa keemasan adalah binaan ikon bangsa Burma

Sepoi Angin Bahasa Myanmar

Januari 29, 2016

Hari IYangon, Myanmar
Myanmar baru menguakkan sedikit pintunya kepada dunia luar. Tinjauan sekitar menunjukkan Yangon sedang meningkatkan kemajuan meski bandar utama Myanmar telah berpindah ke Nay Phi Taw.
Untuk kesini penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit dan waktu yang sesuai ialah antara Disember hingga Mac kerana tempoh ini suhunya sekitar 16 – 25°C.

Sekitar dan seputar City Centre Yangon
Lelaki berpelikat longyi adalah biasa
Yangon High Court
Tempat lepak
Sireh – santapan majoriti Burmese
Hiruk pikuk bandar Yangon
Makanan Tradisi Myanmar
Sule Pagoda

Januari 30, 2016

Hari IIJalan Petang, Jejaknya Ke Senja

Jam 6 petang (7.30malam kat Malaya) matahari dah pulang….
Jalan sendiri di Yangon ni agak mudah kerana boleh jalan kaki sahaja. Petang ni tak ada kerja jalan kaki lagi tapi abang pakai kain longyi macam lelaki Burma..hahaha. Nak makan pun mudah dan masjid juga banyak. Kalau kat tepi jalan tengok ada tulis halal dengan kod 786 itu adalah tanda makanan muslim. Boleh makan….jangan banding dengan standard Malaysia kalau tak memang tak makan.
Sebab jam 6 hari dah mula gelap maka malamnya agak panjang di sini….puas berguling dan tidur. Nak keluar menikmati malam rasanya kurang keyakinan kerana inikan Myanmar……negara yang baru membuka pintu kepada orang luar….mereka sedang belajar untuk menerima tetamu dan menyediakan hospitaliti yang sebaiknya untuk pengunjung asing.

Berlongyi persis Lelaki Burma….. berasiosiasi dalam denyut nadi setempat
Masjid Punjab – salah satu masjid disamping masjid jamek dan beberapa lagi yang ada di pusat bandar
786 – tanda hidangan halal
Kyaing Tone – salah satu destinasi selera halal dimana pemilik kedainya boleh berbahasa melayu kerana pernah bekerja 7 tahun di Bukit Bintang Malaysia
Disini ditawarkan hidangan selera etnik Shan

Januari 31, 2016

Hari IIIGood Bye Yangon

Pagi ni seawal jam 7.30 pagi sudah keluar ke Kandawgyi Park. Terik mataharinya seakan jam 10.00 pagi sudah kerana iklim tropikanya.

Seusai minum teh susu dan 2 ketul jagung rebus terus keluar naik teksi dan sekali lagi singgah Bogyoke Aung Sang Market untuk beli longyi…. koleksi souvenir seperti keychain Myanmar memang hampir tiada….baju t-shirt pun tak banyak, yang gambar binatang dan objek hidup banyaklah tapi huum tak minat….
Pagi ini juga abang teruskan perjalanan cari-cari makan dan lihat-lihat sekeliling kerana jam 12 tgh sini sudah kena gerak ke Airport.

Belakang Kandawgi itu tersergam Pagoda Swadegon

Taman Kandawgi….. sekitarnya dalam bayu pagi

Jangan lupa nikmati kek dan produk bakeri halal disini

Orang Burma bekerja pun pakai longyi…..

Pasar Bogyoke/Scott – wajib singgah untuk membeli belah kain, produk tempatan dan cenderamata

Hidup harmoni. Penduduk Islam. Disebelahnya penduduk Buddhist bertenung nasib

Teh Jalanan Myanmar