Dubai UAE

Dubai – Kota Moden Padang Pasir

Dubai… seringkali orang mengenalinya lebih daripada UAE padahal ia adalah salah satu daripada kota/emirat dalam negara Emiriyah Arab Bersatu. Dubai, ternyata sebuah kota ultra moden yang menjadi hub Timur Tengah dan disinggahi banyak orang sesuai dengan status kemajuan dan tawaran-tawaran yang diberikan olehnya.

Abang Om pernah sekali singgah di Dubai pada tahun 2010 dalam perjalanan dari London/Eropah tetapi tidak sempat menjelajah kerana keterbatasan waktu transit. Justeru, bila berpeluang ke sini lagi maka ia tidak harus dilepaskan. Oktober 2018 lalu Abang Om beli tiket Royal Brunei dengan tawaran harga RM1336 pergi pulang… Menarik bukan. Bukan selalu dapat tawaran sebegini kerana biasanya tiket ke Dubai lebih dari RM2. 5K dan kalau ada yang murah pun biasanya dari penerbangan I Biman Bangladesh yang memakan masa transit sehingga 22 jam… Huh, tak sanggup.

Kemewahan Dubai

Sekadar memerhati sekilas Dubai pada fizikalnya ternyata mewah. Dari Airport, kemudahan asas, jalan raya, kereta dan gaya hidup rakyatanya juga. Status ini membezakan mereka dengan rakyat asing yang membentuk sebahagian besar penduduknya. Ramai sekali wajah Asia Selatan di sini yang ada dimana-mana dan menjadi nadi pekerjaan Dubai dan UAE.

Gedung Agam

Selain rumah yang ‘siap’, Dubai terkenal dengan gedung serba lengkap, besar dan mewah. Bangunan bank, pusat kewangan dan pusat beli belah semuanya mewah. Daripada pandangan luar sahaja kita dapat mengagak kehidupan makmur yang mereka nikmati hasil kekayaan sumber minyak.

Shopping Spree

Dubai ini umpama selalu dalam mode ‘salebration’… Kegilaan mereka berbelanja juga tampak gila dan penuh selera. Kita boleh lihat ini semua, daripada yang menempatkan jenama premium antarabangsa, gedung seperti arked biasa juga kelihatan elegen. Hebatnya kemewahan mereka ini. Sesuai dengan ini jugalah mereka berbangga dengan gedung shopping terbesar di dunia iaitu Dubai Mall. Gedung yang lain juga tak kurang hebat seperti Mall of Emirates. Di gedung-gedung ini kita boleh jumpalah Dolce & Gabanna, LV, Coach, La Martina, Salvatoredan lain-lain yang menepati selera premium. Selain daripada pusat beli belah ini, souq-souq mereka juga wajar dikunjungi seperti Naif Souq yang sempat Abang Om jejaki. Pelbagai barang yang dikehendaki boleh diperolehi termasuk cenderamata, wangian, oud arab dan pakaian.

To do in Dubai…

Perghhh Dubai ini ternyata menawarkan banyak aktiviti yang bolh dilakukan mengikut kesukaan dan bajet. Pilihan sungguh pelbagai, daripada sightseeing, kembara helicopter, half day and full day tour, tour dengan teksi air (abras), naik hiphop, kembara padang pasir untuk desert dune bashing dan lain-lain. Untuk melihat pilihan bolehlah lihat Klook, satu ‘one centre’ online yang membolehkan kita menempah pada harga tawaran yang jauh lebih murah daripada beli secara walk in. Abang Om dan sahabat Haji Romz sempatlah beli tiket Global Village (tapi tak sempat masuk kerana ditutup pada hari kami pergi dan mereka ada tetapkan hari untuk pergi kategori umum atau famili), desert safari tour, naik ke Burj Khalifa.

Burj Khalifa – pada ketika ini adalah bangunan tertinggi di dunia dan kita boleh cecah ke aras 125 dalam tempoh ‘pejam celik… dah sampai puncak seperti alunan kata Mira Filzah’…

Burj Arab – bangunan ikonik, hotel mewah dengan private beach. Untuk masuk ke sini kita perlu menginap dengan tawaran kos boleh capai RM15K semalaman atau jika tidak, wajib menempah afternoon tea/coffee dengan minimum wajib belanja sebanyak 250 dirham. Berpeluh jika memikirkannya… 😂😂😂

Desert Safari – ini aktiviti wajib buat jika ke sini. Dengan menaiki pacuan 4 roda kita akan dibawa merasai sendiri perjalanan melantun-lantun di padang pasir yang luas, beralun, tinggi rendah dan boleh muntah jika tak kena gaya. Jadi, untuk menikmatinya maka kita tidak boleh makan pada waktu dekat-dekat kita nak join kembara ini… dan tak lupa bahawa dune bashing si padang pasir ini diakhiri dengan hidangan makan malam dan persembahan yang wow-wow lah jugak.
Sungguh takjub melihat alam padang pasir ini… layak untuk wow dan wah!

Dubai Fountain

Jangan tak tahu atau jangan terlepas untuk menonton pertunjukan fountain di depan Dubai Mall pada waktu malam… Rugi tak tengok

Banyak aktiviti yang boleh dibuat tetapi Abang Om pilih yang mana berkenan sahaja ikut kesanggupan, minat dan bajet serta waktu yang ada. Tak perlu buat seperti orang lain kerana bagi Abang Om ada yang ok pada orang tapi tak ok pada Abang. Sesetengah tempat jika tak pergi pun Abang Om ok sebab kita yang pergi dan kita yang rasa sendiri. Rekomendasi orang, ok boleh baca tapi last sekali keputusan tetap ditangan sendiri.

Penginapan

Hummm… Dubai ni hotel-hotelnya agak mahal. Maka, bolehlh pilih mengikut bajet dan keselesaan tetapi boleh dikatakan bab hotel ni tak perlu bimbang sebab boleh dikatakan ok-ok walaupun sedikit mahal. Ada hotel bawah RM200 boleh beli bawah label OYO tetapi ingat ye banyak hotel yang harganya bawah RM400 tidak termasuk sarapan maka perlu lihat dulu sebelum menempah. Abang Om menginap di Al Khaleej Grand Hotel di area Baniyas Square dekat dengan MRT Metro. Dubai Creek dan Naif Souq. Pandai-pandai lah pilih, banyak apps boleh kita survey seperti Expedia dan Traveloka (yang Abang Om suka guna) atau lain-lain.

Pengangkutan

Dubai ini kota yang moden dengan jaringan pengangkutan yang baik dan cekap. Jalan raya pun superb, siap ada 4 hingga 6 lane. Di sini kita boleh pilih naik MRT Metro dengan belian tiket single atau pakej tiket Nol berharga AED25, boleh naik teksi yang bersih atau trams (yang ini Abang Om tak naik). Kos pengangkutan ini pada mental dan firasat Abang Om boleh diterima dan justify sebab naik pun lexus (teksi) , bersih wangi dan selesa.

Not AED

UAE Dirham atau AED adalah matawang Dubai. Pertukarannya ke Ringgit Malaysia pada ketika ini ialah pada kadar RM100 bersamaan AED80++.

Makan Minum

Pada Abang Om, bab makan minum ini tiada isu langsung termasuk harga. Kiranya tidaklah berlapar kerana banyak pilihan selera, nak Iran ada, Turki ada, Arab ada, India Pakistan ada, makanan segera lagilah ‘samoteloh’ ada kata Orang Kelate.

Waktu Terbaik ke Dubai

Dubai ni middle East, jadi sifir cuaca untuk ke sini sama seperti kita fikir untuk ke Mekah. Oktober hingga Mac adalah waktu terbaik rasanya dengan iklim dingin, selesa untuk berjalan dan lebih suntikan rasa pelancong… Waktu lain pun okay kalau nak rasa, apa ada hal, kita yang pilih dan kita yang nak hadap, okay pada pandangan sendiri lain baik daripada okay pada pendapat orang. Dari Malaysia pula banyak penerbangan ke sana, cuma ‘skyscannerkan’ sahaja untuk perbandingan harga terbaik. Kalau rezeki dapatlah RM1336 return macam yang Abang Om dapat ini. Biasanya Dubai ini RM2500 ke atas…

Dubai – Sekilas at the glance

Ya… Abang Om terima bahawa Dubai ini adalah sisi berbeza dunia Arab moden. Segalanya tidak mustahil untuk dipacak di bumi ini setinggi Burj Khalifa sesuai misi Emir UAE. Dubai begitu maju, tersusun, mahal (terserah pendapat) dan kota Arab ultra moden yang dikunjungi segala bangsa, gelap, cerah atau sedang-sedang malah biru, hijau dan hazel.

Dubai juga begitu toleran. Anda boleh berpakaian mengikut pilihan tetapi harus menghormati norma adab setempat. Anda juga boleh berhibur atau berhardrock cafe terserah pada definisi sendiri mahu pilih syurga atau sebaliknya… 😂😂😂. Apapun Dubai itu sendiri satu pengalaman takjub lagi spektakular malah berbaur sejarah bagaimana sebuah emirat di jazirah Arab yang pernah miskin hingga terjumpanya telaga minyak yang mewajahkan Dubai moden pada hari ini…

Overall Dubai ni best dan bagi Abang Om, Dubai mampu dinikmati meski dicanang orang sebagai kota yang mahal di sana sini.

Dedikasi :

Thanks pada Haji Ramzi yang sudi ke Dubai dengan Abang Om. Dubai boleh repeat lagi ni Ji…

Disclaimer :

Ini hanyalah karangan peribadi Abang Om atas perasaan dan pengalaman sendiri. Lain orang lain persepsi dan lain orang lain kesanggupan peribadi. Berjalan dan berbelanja atas pertimbangan sendiri mengikut takrifan sendiri terus menemai konsep perjalanan Abang Om kemana sahaja tanpa perlu dibandingi. Okay. Peace.

Afnan Kujeep Fernando
2 – 6 Februari 2019
Dubai UAE

Welcome to Dubai

Dalam Dubai Mall – Mall terbesar di dunia

Imej Burj Khalifa pada waktu malam dari Dubai Mall

Memerhati sambil minum di area Naif Souq

Di sebatang jalan di Naif Souq

Kekal Naif di Naif Souq

Motor Padang Pasir

Suasana Padang Pasir

Oud Arab dan Sandal Orang Arab Pakai

Tinjau-tinjau Burj Khalifa

Tiket Burj Khalifa

Depan Burj Arab

Dune Bashing

Advertisement