Oktober SULSEL Makassar…
16 hingga 20 Oktober 2017
Kunjungan Abang Om ke Makassar ini adalah tidak dirancang kerana ia adalah atas urusan rasmi menghadiri satu Konferens di Universitas Hasanuddin. Sebelum ini mendengar nama Makassar ini lewat bacaan dan diceritakan dalam novel Buya Hamka Tenggelamnya Kapal Van Der Wirjk.
Makassar ini namanya dulu Ujung Pandang dan ia terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Pertama kali sampai di sini pada petang 16 Oktober dengan pesawat Air Asia kerana inilah satu-satunya penerbangan terus ke sini dari KL. Dari KL terus ke Makassar hanya mengambil masa 3 jam lebih. Jika tak memang harus transit Jakarta atau via Palembang yang memakan masa lebih banyak.
Sebelum turun pesawat dapat dilihat dari atas indahnya pulau ini dan kelihatan padat dengan binaan rumah dan bangunan. Bagi Abang Om ia satu persepsi positif mengenai kemajuan Makassar. Bila turun, seusai ambil bagasi dan melepasi imigresen yang friendly Abang Om terus keluar mencari teksi… sekejap sahaja sudah deal dan dapat harga kalau RM dalam 60… sebenarnya mahal… patut 30 sahaja atau nak murah boleh naik grab yang lebih murah… ye lah sebab tak tahu dan pertama kali… oklah. Ngomong dengan supir sambil melihat sekeliling yang macet dalam remang-remang waktu maghrib… wah ternyata Makassar pun sudah kayak Jakarta macetnya bilang Pak Supir.
Dalam sejam boleh sampai ke hotel jika tak macet… sebab macet maka lamalah sikit masa ke Hotel Paradiso yang ditempah via Traveloka. Harga pun murah… RM60 semalam… hotel bajet sahaja tapi okaylah. Tapi jika ingin lebih selesa boleh cari yang lebih baik. Cuma hotel ini depannya ada Gedung Beli-belah dan mudah untuk cari makan.
Sebenarnya tak banyak yang Abang Om boleh buat di sini kerana datangnya sebab urusan rasmi Kerajaan. Tetapi, alang-alang datang Abang Om sempatlah sikit-sikit meninjau mana yang sempat. Ada masa boleh datang lagi pada masa hadapan kerana Tanah Bugis-Makassar ini wajar dijelajahi lagi kerana tawaran khazanahnya yang unik dan menarik.
Sejurus Tiba 16 Oktober 2017…
Sebabnya sampai hari sudah gelap, perut turut bergemerincing tanda perlu diisi. Mujur juga depan hotel ada Mall dan banyak juga pilihan sama ada restoran atau food court.


Hari 2 : 17 Oktober 2017
Sememangnya masa agak terhad dan datang pula seorang… maka motivasi pun kurang melonjak untuk berjalan tetapi alang-alang sudah sampai maka peluang tidak harus dipersia… dapat jalan sikit-sikit pun kira okay… mana tahu masa depan berkunjung lagi tentunya boleh explore lagi.











Hari Ketiga : 18 Oktober 2017
Tiada aktiviti kerana menghadiri Konferens di UNHAS.


Hari Keempat : 19 Oktober 2017
Selesai Konferens di UNHAS sebelah pagi, Abang Om terus gegas ke pusat bandar untuk cari-cari cenderahati. Kata orang di Jalan Somba Opu banyak pilihan daripada makanan kering, minyak panas dan paling istimewa songket Makassar. Sekitar sini ada deretan kedai yang menjual hasil tempatan dan ole-ole untuk dibawa pulang. Abang Om sempatlah beli beberapa helai t-shirt untuk keluarga dan sahabat baik disamping kain songket Makassar untuk dibuat baju kemeja untuk diri sendiri.
nota : akan diupdated lagi….