Ceplas Ceplos Tentang Hong Kong
Hong Kong atau HK sebuah wilayah pentadbiran istimewa (SAR) China setelah HK ini diserahkan kembali kepada China oleh British lewat tamatnya tempoh pajakannya. HK ini dalam makna lain adalah sebuah wilayah Cina tetapi berkembang maju secara didikan Britain. Oleh kerana itu ia mencapai taraf kemajuan yang pesat dan menjadi antara hub perniagaan malah pelabuhan entreport yang sibuk dan signifikan di dunia… sebab itu HK ni terus diberikan layanan khusus oleh Tanah Besar China ekoran sejarahnya ini sama seperti jirannya Macau.
Abang Om telah kemari untuk kali kedua ke sini setelah kali terakhir pada tahun 2013 lalu. Kali ini Abang Om kembali bersama sahabat Abang pada tanggal 17 – 21 November 2017. Dari KL penerbangan ke sini mengambil masa selama hampir 4 jam…
Famousnya HK…
Diimbau dulu-dulu orang kita mengenal HK menerusi filem-filem dengan bintangnya yang meletup di sanggar seni sama ada drama atau di pawagam. Jackie Chan… Maggie Cheung, Anita Mui, Andy Lau, Stephen Chow dll cukup dikenali penggemar filem Malaysia… fanatiknya menyamai gelombang hallyu Korea pada masa kini.

Okay… kembali bab berjalan. Abang Om datang HK saja berlibur dan ambil angin Asia Timur sambil-sambil menghayati arus kemodenannya… katanya. Baiklah, sebelum kita mula berjalan mari Abang Om tunjukkan apa yang perlu dibuat sebelum kita keluar airport dan daftar masuk hotel. Antaranya yang wajar dan wajib ialah :
1. Kad Octopus
Kad ini merupakan kad prabayar yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan terutamanya untuk menaiki tren MTR. Ia juga boleh digunakan sebagai alat pembayaran dikedai, restoran atau mana-mana yang menerima transaksi kad ini. Di Airport sebelum keluar, kad ini boleh dibeli di kaunter dalam terminal dengan kadar HKD180 (HKD100 = RM60 lebih kurang). Jika nilainya susut atau habis Octopus boleh ditop-up di 7eleven atau mana-mana stesen MTR.

2. Simkad HK
Jika bersedia untuk roaming maka tak perlu fikir pasal ni. Namun jika perlu, boleh sahaja tukarkan simkad kepada operator tempatan di HK dimana-mana kaunter. Abang Om gunakan khidmat China Mobile untuk kadar data HKD80 yang memadai untuk penggunaan 5 hari.

3. Peta MTR
Peta tren MTR ini boleh dimuat turun dari Playstore dan ia pasti amat membantu kelancaran perjalanan di HK.

Dimana Harus Menginap…
Pilihan untuk menginap sebenarnya banyak terserah kepada bajet dan kemampuan. Cuma pada asasnya penginapan hotel di HK agak tinggi ongkosnya. Hotel yang biasa sahaja pun boleh mencecah lebih RM300 semalam. Hotel yang murah pula (biasanya hotel bajet) yang sangat sempit dan kecil boleh dikatakan agak sesak walaupun kos semalaman sekitar RM150. Bolehlah survey dalam enjin carian seperti Agoda, Booking.com, Traveloka atau mana-mana yang berkenan.
Abang Om menginap di satu hotel bajet, Bohol Hotel di Chungkin Mansion District, di Nathan Road dalam daerah Tsim Sha Tsui. Biliknya agak kecil walaupun dikatakan saiz famili. Jika anda biasa dengan kemudahan yang selesa hotel-hotel disekitar sini bukanlah satu pilihan. Tapi sebab yang lain mahal kira okaylah cuma mental perlu terlebih sabar dengan persekitaran yang ramai etnik Asia Selatan dan kemudahan lif yang slow dan kawasannya yang sesak. Walaubagaimanapun, kelebihan kawasan ini ialah :
1. Banyak makanan halal
2. Dekat dengan MTR
3. Hanya 1 KM ke Masjid Kowloon dan Kowloon Islamic Centre
4. Dekat dengan gedung membeli-belah dan akses ke Mong Kok (Ladies Market) yang dekat.
5. 15 minit jarak berjalan kaki ke Clock Tower dan Victoria Harbour untuk melihat Symphony of Light setiap malam jam 8.

Tempat-tempat Tarikan Pelancong
HK terkenal dengan banyak tarikan pelancong. Antaranya :
1. THE PEAKS
The Peaks adalah kawasan puncak yang menawarkan panorama HK dari atas. Dari sini pengunjung boleh melihat gahnya bangunan pencakar langit HK yang menerbitkan rasa kagum. Memandangkan pandang darat HK yang bertanah tinggi maka kawasan bawah dimajukan dengan begitu padat hingga sukar untuk melihat lompongan antara bangunan. Permandangan ini menjadi lebih wow dan spektakular pada waktu malam.
Untuk ke sini tidaklah susah. Jika tinggal di Tsim Sha Tsui, ambil tren MRT laluan ke Central dan dari situ ambil bas 2 tingkat nombor 15. Anda akan diturunkan di satu stesen dan perlu menapak sedikit untuk terus ke sana. Untuk naik ke anjung tertinggi, bayaran sebanyak HKD50 dikenakan. Jika tidak, untuk sekadar mengambil gambar bolehlah ke anjung umum di situ. Kira oklah juga.



Nota : Sebenarnya ada lagi yang boleh dibuat di The Peaks ini. Antaranya ialah naik ke sini dengan cable car dan menaiki tram untuk meninjau. Apapun semua ini adalah berbayar.
2. MADAME TUSSAUDS
Madame Tussauds (MT) HK adalah versi MT seperti di London. Dalam MT ini pengunjung boleh melihat mannequin selebriti tersohor dunia sama ada artis filem ternama seperti Angelina Jolie, penghibur sehebat MJ, band seperti The Beattles malah tokoh-tokoh politik terkenal seperti Mahatma Gandhi dan Soekarno. Cuma di MT HK ini ditampilkan juga selebriti dari Korea, China, Taiwan dan bintang popular HK sendiri. MT ini terletak dalam bangunan The Peaks Tower dan boleh ditinjau-tinjau dengan ongkos HKD215. Maknanya bila datang The Peaks pengunjung juga boleh melawat MT ini. Sekali jalan… kata orang.



Tambahan : HRC-Hard Rock Cafe
bagi penggemar item Hard Rock Cafe, di sini ada satu cawangan HRC HK dan bolehlah berbelanja di situ terus.
3. NGONG PING 360 – CABLE CAR
Ngong Ping ini temanya Your Sky-Land-Sea Lantau Adventure adalah pengembaraan Cable Car yang terletak di Lantau. Pengunjung boleh menikmati permandangan yang merentasi tanah tinggi, lembah dan laut yang sungguh indah. Sambil-sambil bertinjauan dari atas boleh juga berswafoto atau merakam momen untuk kenang-kenangan. Pada satu stesen juga, pengunjung turut boleh melihat persekitaran kawasan ala perkampungan klasik dengan mercu tanda Big Buddha di atas bukit.
Bayaran masuk ke sini adalah sebanyak HKD…
Untuk ke sini, paling mudah diakses dengan MTR, turun di stesen Tung Chung.
Di stesen akhir/Ngong Ping Village ini terdapat sebuah restoran halal Turki yang menawarkan hidangan kebab, pizza, minuman dan lain-lain.






3. OCEAN PARK
Ocean Park merupakan satu kawasan libur taman tema yang bercirikan hidupan laut. Banyak objek hidupan laut untuk tatapan mata seperti jerung, ikan pari, kuda laut dan sebagainya ada di sini. Selain itu, ada kembara tren, cable car, kolam, buaian besar dan pelbagai aktiviti taman tema yang wajar dicuba, hingga ada yang mencabar keberanian dan mendegupkan jantung.
Harga tiket masuk ke sini mencecah HKD368.
Untuk ke sini, perjalanan lebih mudah menerusi MTR. Sila rujuk laluan MTR dan turun di stesen Ocean Park… mudah kan!


4. MONG KOK – LADIES MARKET
Mong Kok ini memang terkenal sebagai lokasi tumpuan untuk membeli-belah ala Petaling Street di Malaysia dan Namdaemun Market di Korea. Pelbagai barangan, keperluan, cenderamata dan aksesori boleh diperoleh di sini. Cuma jangan terkejut dengan karektor penjual yang agak ‘straight forward’ dan kurang mesra kerana ini standard kebanyakan orang/peniaga di HK dimana-mana sekalipun. Jika ingin membeli, tawarkan harga dan bayar… janganlah tawar tapi tak jadi beli, alamat memang kena herdiklah jawabnya nanti.
Mong Kok ini amat meriah pada waktu malamnya dan boleh diakses dari mana-mana MTR, exit di stesen Mong Kok.
Di area Mong Kok terdapat juga restoran halal hidangan India-Itali yang enak dan berbaloi harganya. Bolehlah plan untuk singgah makan sebelum menjajak membeli beli.
5. VICTORIA HARBOUR
Victor Harbour (VH) terletak di penghujung ke bawah daerah Tsim Sha Tsui yang mana di situ terdapat juga tarikan pengunjung yang lain Clock Tower dan Hong Kong Cultural Centre. Di sepanjang jalan ke situ juga terdapat banyak gedung perniagaan dan membeli belah yang gah dan mewah.
Apa yang havoc sangat pasal VH ni? … haha, VH ni sangat terkenal dengan persembahan Symphony of Light pada waktu malamnya. Persembahan ini bermula jam 8 malam selama 20 minit dengan pancaran lampu dan cahaya yang cantik dan mempesonakan.
Untuk datang ke VH tidak susah… anda boleh berjalan kaki sahaja selama 15 minit jika anda tinggal sekitar Nathan Road/Tsim Sha Tsui. Namun jika datang pada musim panas berpeluh lah juga… jadi datanglah pada musim sejuk untuk rasa berjalan yang lebih selesa. Jangan ketinggalan untuk ke VH kerana amat berbaloi pada aspek momennya.
6. DISNEYLAND
Disneyland memang satu mercu tanda HK. Ramai yang aim ke sini jika datang HK. Jika suka silakan ke sini kerana ia dikatakan menjanjikan keseronokan terutama untuk kanak-kanak. Abang Om tak masuk pun Disneyland. Mengikut pengalaman orang mudah sahaja untuk ke sini dengan MTR turun stesen Disneyland. Bayaran masuk lebih kurang HKD516 dan dengan kemudahan tempat solat untuk Muslim dan restoran makanan halal menjadikan ia lebih mesra pengunjung beragama Islam.
Makanan Halal
HK sebuah negara non Muslim tetapi pada hakikatnya terdapat ramai kelompok Muslim di sini terutamanya dari Asia Selatan. Bukti kehadiran kelompok Muslim ini menjadi pencetus kepada wujudnya sumber makanan Muslim di sini. Di sini tidak semua tempat mudah untuk mendapatkan makanan halal tetapi ia boleh dinikmati di :
Tsim Sha Tsui/Nathan Road
Memandangkan di sini terdapat ramai kelompok Muslim maka banyak kedai makan halal ada di sini. Tetapi, jangan terkejut pula kerana ia lebih kepada selera India dan Pakistan. Dalam bangunan Chungkin Mansion sahaja mudah dijumpai kedai-kedai makanan halal ini.
Selain itu, di kawasan berhampiran Masjid Kowloon pula kedai makanan Turki seperti kebab dan nasi yang enak di Kedai Istanbul Kebab. Silakan melilau sekitar sini untuk mencari kedai makan ini.
Wan Chai Road
Di Wan Chai Road terdapat satu kantin makanan halal dalam bangunan Pusat Islam. Ia terletak di belakang Hotel Chaterhouse dalam bangunan Pusat Islam di Tingkat 5. Di sini makanannya berupa hidangan cina lokal yang lazat. Antara yang wajib dicuba ialah dimsumnya yang terkenal dari mulut ke mulut.
Untuk ke sini, silakan menaiki MTR ambil laluan ke Chai Wan… ingat ye memang Chai Wan. Pada laluan itu anda boleh berhenti di stesen Wan Chai kemudian berjalan kaki sekitar 10 minit menuju Pusat Islam melalui Wan Chai Road.
Airport Hong Kong
Jangan tak tahu bahawa di terminal berlepas Airport HK (selepas urusan kaunter imigresen) terdapat makanan ala KFC yang memperoleh sijil halal iaitu Popeyes. Sambil-sambil menunggu pesawat pulang bolehlah lepak di sini. Pasti ok dan puas hati.
Pusat Islam
Sepanjang di HK Abang sempat menjengah ke 2 pusat Islam. Satu di Kowloon dan satu lagi di Wan Chai Road. Jika sempat silakan singgah. Satu galakan yang dianjurkan agama kita untuk singgah memakmurkan masjid walau sekadar solat dua rakaat tahiyyatul masjid.
Tempahan Tiket Masuk
Ini satu makluman… ya makluman kepada yang ingin ke sini supaya membuat tempahan tiket online untuk masuk kemana-mana taman tema atau pusat pelancongan di HK/negara-negara tertentu. Tempahan untuk ke Disneyland, Cable Car, Ocean Park, Madame Tussuads lebih murah malah kadang-kadang separuh harga jika ditempah melalui Klook.com di http://www.klook.com. Untuk mendapat kelebihan ini, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurang sehari awal. (sila rujuk web ini untuk maklumat terbaru).
Selain itu, tempah bot ke Macau/China dan belian beberapa jenis kad juga boleh dibuat di sini.
Lain–lain
1. Bawalah makanan sendiri sebagai back up lapar.
2. Jangan lupa bawakan juga ubatan peribadi takut-takut kita diserang sakit.
3. Buatlah perancangan awal untuk kelancaran dan manfaat masa terbaik.
4 . Jalan jalan jugak… Allah kena ingat dan jangan lupa solat.