Lembayung Darussalam

Baru Nah!….. Brunei Darussalam
Brunei Darussalam….. sebuah monarki di tengah-tengah Pulau Borneo yang punya pesona sendiri untuk dijejaki dan dilawati. Ia tersendiri dan kekal tersendiri hingga ke hari ini. Jom Abang Om bawa awda menjengok apa yang ada di bumi MIB ini. Jalan-jalan Abang Om ke Brunei hanya sekejap cuma tetapi beroleh pengalaman yang cukup bermakna.

Awda….. ia sama seperti ungkapan anda yang digunapakai di Brunei yang merujuk kepada kependekan awang dayang.

Baru Nah…..

Brunei sangat rapat dengan budaya Malaysia kerana faktor rumpun bangsa Melayu, agama Islam dan mempunyai raja/sultan. Sehingga ke hari ini Brunei kekal menjadi salah sebuah negara monarki dan satu-satunya Kerajaan Melayu Beraja di dunia.

Bagaimana Brunei mendapat nama? Bacaan kutub khanah alam maya menemukan penceritaan sejarah kewujudan Kerajaan Brunei ini. Salah satunya ialah daripada ungkapan Baru Nah….. galur ceritanya dikatakan bahawa pada satu ketika pada zaman dahulu, bila Sultan menemui satu kawasan yang dirasakan sesuai untuk membina penempatan dan pusat kerajaan, baginda lantas bertitah….. ini baru nah! (seumpama, ya inilah tempatnya….. inilah yang dicari). Ini hanyalah satu daripadanya dan sejarah lainnya bolehlah dilungsuri dalam pelbagai sumber rujukan fizikal mahupun maya.

Okay….. ini baru sedikit latar mengenai Brunei. Untuk mengetahui, membaca dan melawat sendiri Brunei adalah wadah terbaik mengenali negara kecil di antara negeri Sabah dan Sarawak ini. Jom kitak bawa kitani ke Brunei Darussalam ini.

MIB – Melayu. Islam. Beraja

MIB adalah satu konseptual hidup bernegara. Ia menjadi falsafah negara Brunei yang menjadi dasar dan jatidiri negara tersebut sebagai sebuah negara orang Melayu, berbudaya dan berbahasa Melayu, mengamalkan ajaran dan syariat Islam serta meneruskan sistem perintahan monarki atau beraja. Jadi, falsafah ini akan menjadi asas dalam semua aspek kehidupan di Brunei sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun segmen-segmen lain masyarakat.

Setting Minda Jika Ke Brunei

Brunei kekal dengan identiti sendiri dan ia tidak wajar dibandingi secara silang banding. Justeru, melawat negara ini perlulah juga dengan setting minda zero gravity. Ramai orang mengujar, eh! apa yang ada di Brunei ye? Jawabnya, Brunei ada tarikan dan tawaran tersendiri kepada pelawatnya. Ia sebuah negara yang aman dan jauh daripada hiruk piruk sebuah bandaraya moden dengan identiti Islamik yang ikonik. Yes, inilah Brunei Darussalam. Awda tidak akan menemui havoc di sini dan ia bukan tempat untuk pencari hiburan hedonik sesuai dengan visinya untuk menjadi sebuah negara dzikir dengan praktik Islami. Lantaran itu, terimalah negara ini seadanya dan awda pasti dapat menghayati denyut nadinya dengan tatagaya tersendiri dan eksklusif.

Demografi

Umum merujuk Brunei sebagai negara kecil bersempadan dengan Malaysia. Ada Brunei Kecil iaitu Temburong dan Brunei Besar yang terletaknya ibu negara. Demografinya ini punya kelebihan masing-masing dimana jika ingin menjejak banyak tarikan wisata maka di Brunei besarlah tempatnya manakala jika inginkan alam semulajadi maka berkunjunglah ke Brunei kecil. Apapun, mari kita tinjau lokasi-lokasi tumpuan pengunjung bila menjejakkan kaki ke bumi ambuyat ini.

Kampung Ayer

Kampung Ayer merupakan petempatan atas air yang telah wujud sejak sekian lama dari zaman awal Kesultanan Brunei. Ia terletak di kawasan Sungai Brunei di pinggir Bandar Seri Begawan. Menariknya di sini, semua kemudahan asas ada tersedia termasuk sekolah, masjid, stesen petrol, balai polis, bomba dan sebagainya.

Bandar Seri Begawan

Lagi?

Info Tuntas Tentang Brunei

  1. Brunei…. sebuah kingdom seluas Melaka dan Singapura. Rakyatnya sekitar 400000 orang.
  2. Bandar Seri Begawan. Sebuah ibukota yang tenang dan tidak hiruk piruk.
  3. Brunei mengikat matawangnya pada Dollar Singapura dimana wang Singapura boleh digunakan di sini disamping Ringgit Brunei/BND.
  4. Pertukaran dengan Ringgit Malaysia semakin ketara… hinggakan RM1K = BND300 sahaja.
  5. Airport Brunei baru dipertingkat dan dari Malaysia boleh terbang ke sini dengan MAS, Air Asia atau Royal Brunei.
  6. Okay. Kalau Abang Om ingat Abang Om tularkan yang lain-lain.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s