Senyum Mentari Oh Korea Kujeep

Hanbok Jung KyuJeep

Alhamdulillah. Niat memenuhi hasrat ayahanda Abg Om telah membawa Abg Om ke Korea lagi untuk kali kedua. Kali ini Abg Om datang berempat bersama abah, adik dan anak saudara dan datangnya sendiri tanpa tempahan agen atau tour guide. Trip kali ini adalah pada 28 April hingga 3 Mei 2017….. yes, umpama diiringi lagu Raja Ema “Mentari Korea” dan gelombang Hallyu KORSEL di seluruh dunia. OK, jom kita tukar baju Hanbok mengambil mood feeling2 traveller seorang Korea.

April 28, 2017

Hari IKUL~ICN

Penerbangan Air Asia jam 8 pagi dari klia2 ke ICN Seoul memakan masa selama 6 jam ++. Sejurus mencecah tanah, cop pasport dan mengambil bagasi, kami keluar ke exit train untuk ke bandar penginapan di Itaewon. Seusai bertanya-tanya kami beli tiket dan naik train dengan bertukar satu dua laluan “Line-Line” dengan masa kembara lebih 100 minit dan kos KRW24K. (KRW10K = RM38) tapi janganlah terlalu mengkalkulator kerana duit Malaysia pun semakin susut nilainya. Redha dan sabar pasti membuat kita lebih tenang.

Sampai di stesen Itaewon kononnya nak mudah kami ambil teksi tetapi lupa bertanya pemandu itu boleh berbahasa Inggeris atau tidak menyebabkan komunikasi terganggu dan “sesat” padahal sepatutnya dekat dan mudah saja mengikut panduan seorang kawan adik saya. Lastnya kami minta teksi berhenti dan membayar KRW7K. “Ku bertanya lagi”….. tanya polis dan rupa-rupanya dekat saja pencaus Itaewon Inn itu, kira-kira 100 meter saja. Kami menempah Itaewon Inn dengan kos RM1.6K untuk 5 malam untuk bilik famili. Oklah dan hotel ini juga “mesra Muslim” dan ada pekerja Islam dari Egypt.

Menyoru….. Meyantap dan Makan

Dari mula tiba kami dah jumpa 2 kedai makan halal ala Turki iaitu Ankara Picnic dan Pansha, oklah sebab ada hidangan nasi untuk ‘serve’ perut Melayu ini. Jadi, bab makan-makan consider selesai tiada masalah lagipun ada makanan back up untuk menangguh rasa lapar. Alhamdulillah wa syukurillah. Gitewww. So, jangan lupa bawa roti, biskut, mee segera, Brahims pun boleh dan lain-lain untuk mengudap.

Hari I ditutup tirai dengan berehat di bilik sahaja untuk generate tenaga berjalan-jalan keesokannya.

Sejurus Mencium Udara Incheon
Yes….. Naik Tren ke Itaewon
Menjamu Selera Rasa Turki….. Nasi Kebab Ayam
Tiba di Pencaus….. Itaewon Inn….. review mantan penginap juga bagus.

April 29, 2017

Hari II – Korea Lama Zaman Silam

Perjalanan hari kedua seolah memulakan langkah menjengah alam silam Korea. Dalam erti lain menyingkap jendela Korea lama yang menjadi sebahagian sejarah kemegahan bangsa Korea hari ini. Jalan-jalan famili Jung ParkLah bermula di pintu masuk National Palace Museum. Pergerakan ke sini menggunakan tren tidaklah rumit, ok-ok sahaja dengan masa dari Itaewon Station dalam 40 minit termasuk waktu menunggu. Dari sini terus boleh nampak betapa tersergamnya Gyeongbukgong Palace, satu binaan istana zaman silam Korea ini. Okay, jom masuk.

Gyeongbukgong Palace

Gyeongbukgong (GBG) merupakan sebuah kompleks keraton yang tersusun dengan sistem beraja Korea dahulukala. Yes, ia cantik dan memikat, jadi tidak hairan kenapa pengunjungnya bertali arus dan tidak putus.

Gyeongbukgong adalah istana lama Korea. Senibinanya juga unik tetapi sekali lihat ada juga unsur-unsur binaan Istana Terlarang – Forbidden City di China. Istana ini juga pernah terbakar dan ia berjaya dibina semula dengan teliti seperti tersergam hari ini. 
Bagi menyemarakkan mood Korea, tinjau-tinjau di Istana ini lebih hidup dengan memakai persalinan tradisi Korea yang boleh disewa di luar bangunan istana ….. kenalah menapak sikit untuk menyewa satu set hanbok Korea yang ada pelbagai harga dari serendah KRW5K.

Sebenarnya banyak blok istana untuk dilihat dan dirakam momen lawatan termasuk yang mengadap tasik. Jika berpeluang dan nasib baik pula, bolehlah menyaksikan simulasi persembahan kebudayaan Korea seperti perarakan majlis perkahwinan Korea yang kami sempat lihat. Pusinglah semua jika larat dan ada kudrat.

Untuk menghilangkan lelah, sebuah cafe ada di situ bersebelahan taman tasik ….. haaa jeng jeng jeng eh ada wifi juga tapi kena search lah. Jika nak elak membayar rasa haus, bawalah minuman siap-siap dengan kudapan kunyah-kunyah, at least takdalah rasa lapar berjalan kaki dalam compound istana yang luas.

Tiket masuk ke Gyeongbukgong dikenakan sebanyak KRW1.5K seorang dewasa, manakala kanak-kanak bawah 5 tahun FOC.

Pintu masuk ke Gyeongbukgong dari stesen tren
National Palace Museum
Gyeongbukgong lensa jauh…..
Momen lensa depan GBG Palace
Dalam tatagaya hanbok Korea
Sekitar GBG Palace….. blok tepi sungai
Pertunjukan tradisi untuk pengunjung

Throwback 2016….. GBG Palace dalam musim sejuk

Jelmaan pahlawan Korea zaman silam

Merakam mood dan rasa…..

King Sejong Square

King Sejong Square hanya terletak bersetentang dengan Gyeongbukgong Palace. Maknanya, datang Gyeongbukgong bolehlah juga melawat ke dataran ini dan ditepi situ juga ada muzium tentang pahlawan perang dan admiral-admiral yang menjadi sanjungan orang-orang Korea. Masuk muzium adalah gratis sahaja.

Siapakah dia KING SEJONG ini? King Sejong adalah pencipta tulisan Korea yang digunakan kini. Untuk makluman, karektor tulisan ini tidak menggunakan asas tulisan ‘kanji’ sepertimana dalam tulisan Jepun dan Cina, malah ia unik dan tersendiri. 

Di dataran ini diabadikan satu tugu khusus King Sejong bagi memperingati dan menyanjung usaha beliau dalam membina ‘karektor’ bangsa Korea ini. Tugunya besar dan terletak di tengah-tengah pusat tumpuan masyarakat umum.

Wajah King Sejong

Tugu King Sejong

Boleh masuk muzium sebelah Tugu King Sejong dan mencuba tulisan Korea

Selain Tugu King Sejong ada juga Tugu Admiral Yin

Bukchon Hanook Village

Usai melihat tug King Sejong, kami ke Bukchon Hanook Village (BHV) dengan menaiki bas awam. Rupanya taklah jauh dan boleh bayar dengan kad ‘t’ yang dibeli untuk menaiki tren. Baguskan!. Tiba di sini, BHV boleh dijengah di kawasan atas sedikit, maknanya perlu sedikit mengerah tenaga kerana tempatnya tinggi dan membukit. Ya, berbaloi ke sini kerana ia merupakan petempatan kampung Korea yang tersusun, cantik, rapi dan bersih. Ya, ia juga manifestasi rekabentuk kampung dengan rumah tradisi Korea yang kekal menyusur zaman. Lebih daripada itu, di atas pula kita boleh melihat view saujana memandang yang menarik dengan kombinasi bangunan klasik, moden dan meriahnya khalayak manusia. 

Satu lagi, apabila turun semula ke bawah ambillah peluang beli-beli barang kerana banyak toko niaga yang agak bagus untuk berbelanja. Pakaian, topi, stoking dan produk kecantikan dan diri termasuk untuk lelaki….. (sekadar menyebut beberapa) rasa berbaloi untuk diangkut beli….. untuk di ‘cash & carry’.

Okay. Habis episod BHV kami pulang ke Itaewon menaiki tren. Sebelum sampai ke hotel, seperti hari sebelumnya kami singgah makan siap-siap baru balik berehat di pembaringan.

Menapak naik ke Hanook Village
Singgah menghirup teh sebelum memasuki kawasan BHV
BHV ….. Berbaloi untuk naik ke sini
Mural cantik ….. bila turun ke bawah BHV
Mural cantik II
Flea Market pun ada

April 30, 2017

Hari III – Nami Island (Pulau Winter Sonata)

Betapa kuatnya pengaruh drama Korea dulu….. Winter Sonata lakonan Bae Yong Jun dan Choi Jee Woo hingga ramailah yang datang ke bumi Hyundai dan Peppero ni “dihukumkan” wajib untuk berkunjung ke sini. Dengan pengaruh ni maka kita pun datanglah juga untuk melihat sendiri Pulau Nami yang tersohor ini.

Ada apa dengan Nami?. Sosok pulau ini, iyaa….. boleh dipuji cantik dan menarik dengan pakej kelengkapan yang menjamu mata dengan keindahan dan pokok-pokoknya. Selain boleh bersiar-siar dan berjalan keliling, pengunjung juga boleh menaiki tren pusing-pusing serta menikmati makanan sambil mengamati pulau ini.

Nami ini hanyalah sebuah kecil di tengah sungai, yang dijaga rapi serta dikosmetik hingga mampu menarik ramai pengunjung seantero dunia saban hari dan waktu. Kita juga boleh mengambil cara ini dan mengeksploitasi alam semulajadi, dikosmetikkan seperti Nami dan beroleh kemajuan dalam menarik pengunjung untuk datang dan berwisata. Kunjungan ke sini dikatakan lebih boom dan amazing pada musim bunga atau luruh hingga menggamit suasana lensa yang superb dan menarik. 

Bagi pengunjung Muslim, kegusaran untuk makanan halal tidak berlaku di sini. Di sini juga telah ada restoran yang menyajikan hidangan halal sesuai dengan pertambahan pengunjung Islam ke sini. Bagus kan!….. Dan, lagiii untuk solat juga tidak menjadi masalah kerana di sini turut disediakan bilik solat….. musolla khusus untuk kita pengunjung Muslim. Terbaiklah!!!!

Feri menyusur masuk….. setiap masa asyik penuh sahaja.
Selamat Datang ke Pulau Nami
Lapar….. jangan lupa ambil feel makan di Nami
Katalog Menu Makanan
Hidangan selera Korea dan Asia Timur versi Halal
Di tengah-tengah Nami Republic
Mengamati dan memerhati
Nami dalam permulaan Musim Bunga
Tandas Inovatif…..
Kedai makan Halal dan Musolla serta kedai cenderamata
Throwback 2016…… Nami … Winter Sonata

Throwback 2016….. ke alam Nami

Mei 1, 2017
Hari IV – Namdaemun Market

Tak lengkap jika sampai Korea tapi tak sempat berbelanja sama ada untuk diri atau sekadar cendera kenangan. Salah satu tempat tujuan ialah bersiar kaki di sekitar pasar moden Korea….. Namdaemun Market orang panggil. Iyaa, macam-macam ada di sini hingga mata menjadi abu-abu dek rasa rambang ingin beli itu beli ini. Pada kali ini Abang Om lebih banyak menemani paduka ayahanda dengan menjadi tukang kira duit ayahanda untuk transaksi. Kan dah kata, trip Korea kali ini lebih kepada jalan-jalan melarik mimpi ayahanda ke alam realiti gelombang “hallyu” Korsel. 
Huhu. Okay jom ronda dulu…..

Hummm, rasa macam ada je orang cakap Melayu….. patutlah, disebabkan ramai Melayu yang datang ke sini maka ada saja pekedai yang menyapa dalam bahasa Melayu seperti apa khabar, abang sila masuk dalam, murah, tengok dulu dan macam2 lagi….. pandai diorang beli jiwa untuk menarik perhatian kita.

Sibuk dengan manusia mundar mandir di Namdaemun
Sekitar Namdaemun yang punya segala
Throwback 2016…..Namdaemun untuk menjamu mata dan membeli belah

Hari V – Masjid, Myeongdong dan Seoul Tower
Hari kelima di Seoul, tumpuan pun sudah sedikit tergugat. Rasa rindu pada tanah air sudah mula ada. Takpa, sehari je lagi. Maka, hari ini kami keluar sedikit awal kerana rancangnya untuk ke area Itaewon Street. Di situ ada banyak restoran makanan halal dan di situ jugalah dianggap pusat Islam kerana adanya sebuah masjid dan institusi agama Islam berkaitan Halal dan sekolah Islam. Jika tidak berkunjung di sini rasa kurang lengkaplah kembara kita orang Islam.

Hummm, seusai makan di sebuah restoran India Muslim, kami terus tinjau-tinjau kawasan sebelum meneruskan langkah ke Myeongdong. Myeongdong ini kawasan membeli belah juga tetapi agak mahal dan branded dengan gedung niaga yang besar. Jadi, jika plan untuk cari yang mahal dan berjenama bolehlah ke sini tetapi jika sekadar ingin membeli biasa, Namdaemun Market masih pilihan terbaik.

Jalan-jalan hari ini terlanjur sampai ke petang dan kami mengambil keputusan pulang ke hotel untuk menghantar barang belian dan keluar semula selepas maghrib menuju Namsan Tower atau Seoul Tower. Dari Itaewon ke Seoul Tower boleh saja menaiki bas. Untuk ke puncak kami tidak tahu rupanya ada kereta kabel menyebabkan kami ter’mendaki’ bukit selama 30 minit untuk ke puncak. Aduh, berpeluhlah juga tetapi ok, ia satu pengalaman. Dari atas, untuk turun semula, bas ada disediakan. Sila naik dan janganlah menapak turun lagi.

Makanan halal kat Korea ni agak mahal. Habis lebih RM100 sekali makan untuk 4 orang adalah biasa dan tak perlu merungut atau ambil kalkulator. Pandai-pandai lah adjust dan urus kelaparan masing-masing.

Kebab Turkish

India Muslim Cuisine

Sekadar lalu….. bolehlah singgah

Kedai kosmetik halal di Itaewon

Masjid Itaewon

Sekolah Islam di Itaewon

Jangan lupa makan ais krim

Jalan-jalan sambil membeli jika berkenan

Rehat betulkan urat kaki di sekitar bangunan Myeongdong

Myeongdong Station

Seoul Tower atau Namsan Tower pada waktu malam

Hari VI – Korea ~ KL

Hari ini hari balik dan tiada aktiviti. Kami hanya bersiap dan keluar membeli makanan siap-siapa kerana di airport tiada kiosk makanan halal. Usai, kami berangkat terus ke Incheon, lebih awal kerana bimbang kesesakan atau mana tahu kemungkinan-kemungkinan yang boleh melambatkan perjalanan kami. 

Sekian. Ada rezeki kita datang lagi.

Tips Berkunjung Ke Korea

Abang Om perturunkan sedikit di sini tips yang mungkin berguna :

1. Teksi – tanyakan terlebih dulu pemandu teksi sama ada boleh berbahasa Inggeris atau tidak. Pilihlah yang boleh untuk memudahkan komunikasi.

2. Makanan Halal – aspek ini perlu diberikan perhatian kerana makanan halal agak mahal di Korea. Kawasan Itaewon yang paling banyak restoran halal pun masih mahal apatah lagi kawasan lain. Jadi, bawalah makanan sendiri untuk back up lapar. Ini lebih mudah dan kita tidak berdebar kelaparan.

3. Maju dan Tidak Semua Baik – Korea memang maju tetapi harus diingat bahawa tidak semua baik. Meskipun tak ketara tetapi berhati-hatilah juga seperti pemandu teksi yang biadap dan tak reti bahasa.

4. Korea dan Gajet – sebagai negara pengeluar gajet, manusia Korea juga taksub dengan gajet. Gajet menyebabkan ramai yang membawa hal sendiri hingga jalan pun boleh langgar orang. Tetapi jika disapa mereka sebenarnya ok dan sedia membantu.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s