Kembara Di Tanah Gersang II

Pesona Kasih AnbiyaBumi Urdhun

Jordan : 31 Jan. – 6 Feb. 2017

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah selepas 8 hari di bumi Mesir, rezeki dengan izin Allah dapat pula Abang Om ke Jordan, sebuah negeri Arab yang selalu terlepas pandang oleh kebanyakan orang untuk melihat sisinya dalam aspek warisan silam dan Islam. Insya Allah kelana di tanah Urdhun ini akan memukau mata waima membuka pintu zaman silam tentang keagungan sirah dan sejarah Islam dan tamadun manusianya.

Jan 31, 2017 – Cairo ke Amman

Dari pagi Abang Om dah bersiap untuk gegas ke airport. Jam 3.30 petang ikut jadual sudah meluncur ke udara untuk ke Amman Jordan. Tetapi,  di Gate E6 ke pesawat dibuat pemeriksaan keselamatan pula menyebabkan delayed hingga jam 5 petang. 5.00 petang terbang dan sentuh bumi Queen Alia jam 6.15 petang. Syukur semua lancar dan selesai semua urusan imigresen dan tuntutan bagasi. Kami disambut oleh Rizal, sahabat PPL yang bertugas di Kedutaan Malaysia Jordan dan akan menumpang berteduh di rumahnya sepanjang kami di Amman. Syukur tak terhingga dengan kemudahan ini. Sebelum ke rumahnya kami dibawa ke satu kedai Cina Muslim dari Xian China untuk santapan malam. Pergh sedap sungguh dan tak ubah seperti menu hidangan Mee Tarik Warisan di Malaysia. Tak sangka ada Cina Muslim berbisnes begini di negeri Arab.

Kedai Cina Muslim di Amman

Februari 1, 2017Dead Sea (Laut Mati)KarakWadi Rum-Bandar Petra

Pagi ini, selepas mengisi perut kami bertolak untuk memulakan perjalanan lebih 5 jam ke destinasi luar Amman menuju ke Kawasan Laut Mati (Dead Sea), Karak, Wadi Rum dan dijangka bermalam di Bandar Petra. Kami sampai di destinasi pertama di kawasan Laut Mati, kira-kira 100km dari Amman. Kami hanya melihat laut mati ini dari atas bukit terdekat dan ternyata ia berbaloi. Wow, dengus hati. Sungguh kagum dan spektakular dengan setiap keunikan dan pesona tempat-tempat ini.

Laut Mati I

Dulu hanya mendengar dan melihat lewat majalah keindahan dan cerita laut mati ini. Bila mata melihat sendiri, sungguh ia saujana luas pandangan mata dan satu pelajaran lewat pengalaman. 

Laut Mati dari jauh…..
Dari bukit terdekat….. laut mati, di seberang sana adalah Palestin
Spektakular…..
Dari jendela kereta, laut mati itu biru firuz warnanya.

AlKarak II

Meninggalkan pesona laut mati….. Abang Om meneruskan perjalanan ke Al-Karak. Disini terdapat beberapa tarikan pengunjung seperti Karak Castle dan Masjid Sahabah. Ternyata ia satu tempat wajib kunjung jika berpeluang ke sini. 

Karak Castle

Karak Castle itu sendiri begitu agam dan luas, sekali pandang ia tak ubah seperti citadel Salahuddin al Ayubi tetapi versi Jordan. Jom lihat…..

Termanggu di Karak Castle
Karak Castle….. satu tinggalan silam
Manifestasi Castle…..

Masjid Sahabat

Seusai Karak Castle kami singgah di Masjid Sahabat untuk bersolat. Cantik dan bersih, ternyata masjid ini dijags dengan baik. Di sini juga bersemadinya dua sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Jaafar bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah.

Di Perkarangan Masjid Sahabat
Masjid Sahabat….. dari luar
Disini siap ada petunjuk dalam Bahasa Melayu….. alhamdulillah. Dikatakan orang Melayu selalu singgah di sini dari dulu.
Makam Jaafar bin Abi Talib….. al-Fatihah
Makam Zaid bin Harithah….. al Fatihah
Sebelum meninggalkan Karak singgah juga membeli bekal untuk perjalanan ke Wadi Rum….. roti Arab dan kudap-kudapnya

Wadi Rum III

Wadi Rum ini antara tempat wajib pergi jika ke Jordan. Ia satu sisi yang takjub dengan hamparan bukit yang cukup pakej semulajadinya. Sejuk dan sangat sejuk pada musim dingin hingga terasa hingga ke tulang. Aargggh. Jom kita tinjau alam Wadi Rum ini.

Menjamu mata dengan indahnya banjaran bukit tanahnya
Nampak kosong tapi hidup
Warna-warna meremang senja
Unta….. hidupan setia padang pasir
Turut menumpang hidup di tanah wadi
Mendaki gumuk pasir
Dari atas gumuk pasir….. agak tinggi untuk mendaki bukit pasir halus ini tapi berbaloi.
Singgah menghirup aroma teh arab tradisional
Wadi-niaga…..
Bukit batu dan kesan sejarah kaum tsamud…..
Di dinding batu ini masih terang ukiran tulisannya….. peninggalan masa silam sebagai bukti adanya kehidupan.
Momen dengan jurupandu arah kami, Ahmad si Arab Badwi
Dari Wadi Rum kami meluncur ke Bandar Petra untuk menumpang lelap sebelum menyelongkar khazanah Petra keesokannya.
Menyantuni selera sebelum berlelapan. Sedap Shawarma Ayam ini.

Februari 2, 2017Petra

6.00 pagi 2 Februari. “Selamat Datang ke Kota Yang Hilang“….. Petra, salah satu wonder of the world dalam sejarah dan tamadun manusia. Masuk sahaja ke dalam Petra pengunjung mempunyai pilihan untuk melalui trail yang mana mengikut minat dan kemampuan fizikal kerana ada yang mengambil masa perjalanan berjalan kaki sehingga 8 jam dengan darjah kesukaran yang berbeza. Abang Om hanya memilih mengikut laluan main trail yang mempunyai 12 checkpoint tempat/tapak tinggalan dengan masa perjalanan 3.5-4 jam sejauh 8km. Tuddyaaa. Kau mampu Jah? Mari Abang Om pimpin tangan uols kita menyusuri perjalanan di Petra ini. Ayuh….. kita lihat kehebatan kemahiran silam yang menjadi bukti kepada masa depan tamadun manusia dan negara bangsa. Petra….. untuk kita sedar dan terus berfikir.

Welcome to Petra
Pemandangan Awal…..
Keunikan mula nampak…..
The Siq
Melalui Celahan Batu…..
Ukiran pada dinding batu
The Treasury
Mengabadikan…..
Lensa bawah ke atas The Treasury
Terfikir….. bagaimana ia dibina sedemikian rupa
Teater Utama
Biarkan tiang-tiang itu berbicara…..
Bongkah Batu Saksi Bisu
Tinggalan The Great Temple
Ada apa dengan tinggalan-tinggalan ini?
Betapa mereka dulu hebat dan tinggi skill pembinaannya….. kita?
Tinggalan Istana Anak Perempuan Firaun pun ada…..

Keldai….. antara bakti dan setia
Haiwan bernama Unta itu…..
Petunjuk Laluan ‘Main Trail’
Diakhiri dengan perjalanan berkuda…..
La Maison Hotel….. pencaus penginapan di Petra….. dekat dengan pintu masuk utama Petra
Dari Petra ke Amman kami akhiri dengan Mansaf Daging satu makanan Arab yang dihidangkan dengan kuah ala yogurt….. makan bersama Mohammad orang Palestin yang tinggal di Jordan.

Februari 3, 2017Jerash dan Ajlun Castle

Jerash I
Hari ini Abang Om ke Kota Jerash yang terletak di luar Amman, kira-kira satu jam perjalanan berkereta. Jerash ini juga merupakan tapak tinggalan sejarah yang mengandungi kompleks yang lengkap pada zaman silam era Roman. Yuk kita drone tempat ini.

Gapura….. pintu masuk ke alam Jerash
Binaan yang kukuh
Kadang-kadang kita berfikir….. bagaimana ye?
Bukan Cacakan Tiang Biasa
Teratur sungguh batu-batu itu…..
Pintu lain menerowong masa ke alam Jerash
Ya Tuhanku….. hebat sungguh
Membatu di Kota Batu
Teliti dan Solid
The Colliseum

Ajlun Castle II

Di Jerash tadi kami tamatkan kunjungan Jerash dengan Solat Jumaat di sebuah masjid. Sesudah itu, kami meluncurkan jeep ke Ajlun untuk melihat Ajlun Castle yang wujud sejak zaman Ayyubid dan Mamluk. Binaan castle ini juga ada irasan citadel Salahuddin al Ayub di Mesir dan merakam takjubnya tersendiri.

Disebalik nama Ajlun…..
Kisahnya….. untuk menahan serangan
Al Ayyubid dan Mamluk…..
Senibina pertahanan agung
Dari luar castle Ajlun
Weaponary….. besar dan berat

Kini yang tinggal…..hanya kesan dan sejarahnya

Sayup-sayup dari atas castle dan ia juga mengarah ke Palestin
Ajlun Castle View
Ajlun View

Februari 4, 2017Amman City

Pagi ini dibawa oleh Rizal PPL Jordan untuk sarapan Arab; roti, humus, bebola kacang. Sedap dan kenyang.

Sarapan Gaya Arab Jordan

Selepas zohor kami ke sekitar Amman melawat Amman Citadel dan Romans Theater. Dua-dua dalam perbandaran Amman. Banyak juga kesan tinggalan sejarah di Amman ini terutama daripada era Byzantine.

Amman Citadel I

Selfie/Swafotonya bawah robohan gapura
Tersergam walau hanya satu tinggalan dan robohan.
Seni ukir batu yang tinggi kemahirannya
Peninggalan Era Byzantine
Gua Awal – Early Bronze Age Cave
Depan Muzium Arkeologi Jordan dalam kompaun Citadel
Wajah Amman dari atas Bukit Citadel Amman-cantik elok tersusun atas bukit-bukit.

Roman Theater II

Lensa dari arah dataran (arah bandar/jalan besar)
Masih teguh dalam kemodenan kota
View dari tangga tertinggi
Dari bawah ke atas = lenguh lutut dan kaki

Februari 5, 2017Gua Ashabul Kahfi dan Souq Balad

Gua Ashabul Kahfi I

Hari ini hari terakhir di Jordan. Alhamdulillah masih sempat singgah ziarah ke Gua Ashabul Kahfi, cerita 7 orang pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman dari raja yang zaman. (🎶🎵🎤Sila imaginasikan sambil mendengar lagu Ashabul Kahfi nyanyian Raihan🎼🎤🎶). “Disangka tidur hanya sehari rupanya 309 tahun”….. kuasa Allah mengatasi segalanya. Jom kita terobos apa yang ada di Gua Ashabul Kahfi tersebut.

Kawasan Gua Ashabul Kahfi dari luar
Sheikh yang menjaga kawasan gua menceritakan….. dia cakap Arob laah
4 Persemadian
3 Persemadian
Dari lorong kaca itu kelihatan tulang pemuda-pemuda tersebut yang disatukan pada satu tempat.
Lorong sinar yang menyalurkan cahaya kepada mereka…..
Peralatan yang digunakan sepanjang didalam gua termasuk alat untuk wuduk
Sumber air yang mereka perolehi…..
Tugu Penanda dan Seorang Pemuda
Masjid Ashabul Khafi….. dinamakan sempena tempat ini…..

Souq Balad II

Bila sebut souq maka maknanya mestilah pasar dan ia sinonim dengan acara membeli belah. Biasalah bila ke negara orang mesti kita inginkan sesuatu untuk dibawa pulang sebagai tanda ‘abang dah mai sini naah‘ atau membeli tanda kenangan peribadi, keluarga dan kawan-kawan.

Souq Balad ini terletak ditengah-tengah bukit dekat dengan Roman Theater di sepanjang jalan Sheikh Faisal. Di sini nampak hidup dan meriah dengan arked dan gedung niaga yang cukup merambangkan mata. Walaupun duit dinar mahal, tetapi di sini kita masih boleh ‘memborong’ kerana harganya masih jauh lebih rendah daripada tempat-tempat lain. Setakat baju 10 dinar, tshirt 5 dinar dan magnet peti ais pun 5 dinar 10 ketul. Yehaa, apa salahnya membeli sedikit dan please jangan convert kepada RM ye kerana jikalau itulah kaedahnya maka sampai bilapun kita gerun untuk berbelanja.

Yes. Satu mahu bilang juga, jangan terkejut bila disapa dalam bahasa Melayu kerana mereka mungkin sudah biasa melihat kelibat orang Melayu/Malaysia di pasar ini. Abang Om? Abang sempatlah membeli satu helai baju sejuk 15 dinar, tshirt 5 dinar, serban 5 dinar, garam laut mati 5 dinar dan magnet peti sejuk 10 dinar. Semua 5 hingga 10 dinar kira oklah. Syukur.

Souq Balad….. 🎶🎼🎵terpulanglah mahu beli apa, mahu beli baju mahu beli seluar🎤🎵🎶.

Sedikit Trivia Tentang Jordan…..

  1. Jordan…. nama asal Arabnya ialah Urdhun. Rakyatnya sekitar 7 juta orang.
  2. Amman. Sebuah bandaraya Arab yang moden dan bersih serta ada pesona kota yang lengkap dan mengasyikkan. 
  3. Amman juga digelar the white city kerana seluruh bangunannya adalah daripada batu berwarna putih/krim.
  4. Seperti kebanyakan metropolitan Arab, Amman dan Jordan punya banyak tarikan sejarah silam dan Islam….. dan ia diuruskan dengan baik sekali.
  5. Di bendera Jordan ada lambang bintang 7 bucu….. rupanya ia simbol 7 jabal yang ada dalam kawasan Amman itu sendiri.
  6. Wang….. jangan panik atau termenung jika kita tukar wang RM ke Dinar Jordan. Haha 10 JOD = 64 RM. Ambikkk.
  7. Lain-lain….. berbanding Mesir orang Jordan ramai yang faham English, jadi kuranglah masalah komunikasinya.
  8. Tiada visa diperlukan untuk masuk Jordan.
  9. Jangan lupa beli Jordan Pass secara online yang berharga JOD70 kerana kita boleh jimat banyak daripada membeli tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan dan tarikan secara walk-in. Jordan Pass akan menjadi tiket untuk masuk ke kawasan yang disenaraikan. Sila gugelkan Jordan Pass ye. 
  10. Okay. Kalau Abang Om ingat Abang Om tularkan yang lain-lain.
Jordan Pass….. perlu dibeli secara online dengan kad kredit. Jimat dan praktikal.

Sekian. Jordan, Kekal “Amman” di hati Abang Om.

      Advertisement